Wednesday, November 19, 2008

di depan masjid Kubah emas


Masjid Dian Al Mashri yang terletak di Depok Jakarta, juga dikenali sebagai masjid Kubah Emas. Saya sempat solat di dalamnya. Kubah masjid itu memang diperbuat daripada emas. Bersama saya dalam gambar ini ialah Saudara Abdul Rahim Jantan. Moyang kami adik beradik. Moyang saya bernama Abdul Laham bin Duaming manakala moyangnya bernama Abdullah bin Duaming. Anak Abdul Laham itu bernama Aisyah, iaitu emak kepada atuk saya, Haji Mohd.Hashim atau Markasham bin Datu Mialah.
Sebenarnya kami dalam perjalanan pulang dari Bandung, dan gambar ini pula dirakamkan sekitar bulan Februari. Sekadar kenangan sewaktu di rantau orang

3 comments:

Puteri Ezza said...

Hikhik. Arwah moyang saya bernama Dayang Kayangan (kalau ndak silaplah), iaitu ibu kepada arwah atuk saya Haji Oli bin Julan. Adik beradik dengan Datu Zainal Abdin, iaitu bapa kepada Datu Tiga Belas. Ada kaitan ka tu ya? Hikhik.

Adik Ezzamu,
http://puteriezza.com/

abd naddin said...

Rupanya, baru Ezza tahu bahawa kita punya kaitan keluarga yang masih dekat.

Julan, yang selalu dipanggil orang Ma' Tundan itu masih sepupu dengan nenek abang.
Magit itu, yang walaupun abang selalu sebut pakcik Magit, sebenarnya pangkat nenek dan dia orang Yusof itu, sepatutnya abang panggil Pakcik.

Musli Haji Oli itu, kami denakan.
Rupanya Ezza Fazlina Jamlidi Oli, baru ngerati.

Jangan lupa bahawa nenek abang itu orang Bajau dari Kampung Gunding.

Bagus juga menyusun silsilah

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum bang.

Baru hari ini Ezza berpeluang membaca komen balas daripada abang mengenai salasilah keluarga ini.

Wah, ternyata abang terlalu dekat dengan Ezza kan. Maknanya abang ni pangkat pakcik ataupun abang ya?

Ezza sangat teruja. Hikhik. Ezza akan masukkan blog abang dalam senarai blog list Laman Keluarga :-)