Rabu, 19 November 2008

Gambar sewaktu di Bandung

Tags


Selepas berkunjung ke Kedai Buku Toga, di Bandung Februari lalu, kami bertiga, saya, bung Ready Susanto dan Kang Sapto bergambar sambil minum di restoran yang terlerak di sebelah kedai buku itu.
Bung Ready merupakan editor di Penerbit Kiblat Utama.Seorang penyair dan banyak menulis buku. Blognya www.kata2bersahaja.blogspot.com. Sementara Kang Sapto pula seorang wartawan kantor berita Antara di Jakarta.Beliau juga seorang penyair.
Di bandung tempohari, kami sempat keliling Kota Bandung. Sempat naik Angkot atau Angkutan Kota. Sempat mencicipi soto di pinggir jalan sambil dihibur pengamen yang menyanyikan lagu Semalam di Malaysia.
Ketika kunjungan kali kedua ke Jakarta, 21-25 Oktober lalu, saya hanya sempat menghubungi Ready melalui telefon. Kang Sapto waktu itu tidak berada di Jakarta tapi pulang ke Bandung. Jarak Bandung-Jakarta sebenarnya boleh ditempuh kira-kira dua jam tetapi kalau jalanraya macet, tempoh perjalanan menjadi lebih panjang iaitu empat ke lima jam.
Walaupun perkenalan kami singkat tetapi saya mengerti bahawa persahabatan tak mengenal batas negara