Isnin, 24 November 2008

hasanah o hasanah

Tags

Kita ingin hasanah di dunia, kita ingin hasanah di akhirat.Kita ingin keselesaan di dunia, kita ingin keselesaan di akhirat, kita ingin kebahagiaan di dunia, kita ingin kebahagiaan di akhirat.

Itulah makna hasanah dalam doa yang kita bacakan tadi, doa yang kita telah kita hafal sejak kecil lagi, kata Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia, Datuk Haji Mohd.Arifin Arif.

Katanya, sambil mengutip pendapat Hamka dan Dr.Quraisy Shihab, hasanah terbit daripada akar kata Hasan yang bermakna terbaik dan ihsan yang terbaik. Terbaik maknanya bermutu atau berkualiti. Kerja dan amal kita mestilah berkualiti.

Kalau kita ingin makmur di dunia dan akhirat, kalau kita ingin maju di dunia dan akhirat, ia bergantung kepada hati nurani kita. Kata Imam Ghazali, kita mestilah ikhlas dalam setiap amal yang kita kerjakan.

Tidak mungkin kita mendapat hasil kerja yang berkualiti, kalau kita tak ikhlas. Haji Arifin juga menjelaskan hubungan antara cinta, cita-cita, carta dan citra. Satu huraian yang menarik oleh Haji Arifin, ADUN Membakut yang juga seorang penulis yang terkenal di negara ini.

Beliau juga turut menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan DBP Cawangan Sabah 2008 sambil disaksikan oleh Pengarah DBP Sabah, Zubaidi Abas.

Penerima Anugerah Perkhidmatan 30 Tahun DBP ialah Puan Rakiah Ahmad, Anugerah 25 Tahun ialahEncik Nadin @ Maidin Haji Salleh, Puan Jaliha Jaman, Puan Chin Shuk Ling @ Rozaini Chin, Encik Zakaria Saidi, dan Encik Yusof Ag Ismail.Anugerah 20 tahun perkhidmatan ialah Puan Salmiah @ Aini Ismail, dan Puan Rosminah Sairnika. Anugerah 15 tahun ialah Puan Jennitah Noordin, Puan Kasima Salinri, Encik Rusali @ Rusdi Awang, Encik Sulaiman Antang, Puan Hartika Haji Harun dan Encik Abd.Rashid Mohamad. Anugerah 10 tahun ialah Puan Norjanah Yusof dan Encik Logiman Juakim Gamad.

Kerja kita mestilah berkualiti seperti yang dicontohkan Rasul dan para Nabi, kata Haji Arifin lagi.
Kita haruslah mampu mengolah hati dengan baik kerana dari segalanya berpunca dari hati. Dari sekeping hati, terbitlah kasih sayang, bersumber dari hati, terbitlah hasad dengki, dendam dan sebagainya. Oleh itu, kita haruslah membersihkan hati nurani kita supaya sentiasa terpelihara.

Kerja mestilah ikhlas, hanya dengan kerja yang ikhlas kita mampu menghasilkan kerja yang benar-benar berkualiti.

2 comments

Tahniah saya ucapkan kepada staf DBP Cawangan Sabah yang menerima anugerah terutama sekali mereka yang menjadi warga sekian lama di gedung pemugaran sastera dan bahasa terunggul itu.

Saya ingin ucapkan tahniah kepada seluruh warga DBP Cawangan Sabah terutama yang lebih membenarkan sebahagian usia mereka di gedung pemugaran sastera dan bahasa itu.