Sunday, November 16, 2008

Ini gambar kami sekeluarga ketika meraikan Hari Lahir Sitti Mehran Yasmine yang ke 8 tahun pada 10 September lalu. Ahmad Fawzan bergaya di hadapan kek. Ahmad Aliff Farhan tak ada dalam gambar kerana sudah tidur.

Perut saya kelihatan buncit, yang sering membuat isteri tak gembira. Katanya, perut buncit akan menyebabkan saya tak dapat menghasilkan karya yang baik. Kehidupan akan lebih selesa kalau kita tidak dihinggapi penyakit kerana punca segala sakit berasal dari pemakanan kita.

Abang tak sayang kami, katanya kerana risau saya akan mati lebih awal kerana dihinggapi penyakit.Setiap hari, usia kita berkurang bukannya bertambah. Saya memandangi isteri saya penuh rasa terharu.

Anak-anak membesar sementara kita harus lebih produktif dan kreatif.. Soal ini akan banyak bergantung kepada kesihatan kita. Kalau tak sihat, bagaimana kita boleh menulis dengan baik dan bermutu?

Benar juga kata isteri tercinta kerana saya belum dapat menghasilkan karya yang benar-benar bermutu.

No comments: