Khamis, 20 November 2008

pengunjung kurang kerana alpa sejarah

Tags


PENGUNJUNG KURANG KERANA ALPA SEJARAH

KOTA KINABALU: Kesedaran sejarah di kalangan masyarakat di negeri ini yang masih rendah dikenalpasti salah satu punca jumlah pengunjung ke Muzium Tamadun Islam Sabah masih belum mencapai jumlah yang diharapkan, kata Kurator Muzium Tamadun Islam Sabah, Arif Abd.Hamid.

Walaupun jumlah pengunjung ke Muzium Tamadun Islam sentiasa meningkat tetapi beliau masih kurang berpuas hati, katanya sambil jumlah pelawat ke Muzium Tamadun Islam sepatutnya lebih ramai.

Beliau memberitahu, salah satu punca merngapa jumlah pengunjung terutamanya dari luar negara kurang mengunjungi Muzium Tamadun Islam adalah kerana kurang mendapat kerjasama daripada agen pelancongan atau pemandu pelancong.

"Logiknya jika jumlah pelancong asing di Muzium Sabah meningkat, sepatutnya jumlah pelancong di Muzium Tamadun Islam juga mencatatkan peningkatan," kata Arif lagi.

Beliau meminta supaya agen-agen pelancong, atau pemandu pelancong supaya membawa pelancong luar negara yang melawat Muzium Sabah untuk turut mengunjungi Muzium Tamadun Islam, yang terletak di kompleks Muzium tanpa perlu membayar yuran masuk.

Untuk rekod, pelancong luar negara dikenakan bayaran sebanyak RM15.00 manakala pengunjung tempatan dikenakan yuran masuk sebanyak RM2.00 sahaja.

Pada tahun 2005, jumlah pengunjung ke Muzium Tamadun Islam ialah seramai 4,531 orang, 431 daripadanya adalah pelancong dari luar negeri. Jumlah ini meningkat kepada 6,640 pada tahun 2006 dengan jumlah pelawat dari luar negeri ialah seramai 713 orang.

Katanya, belum ada catatan rasmi untuk 2007 tetapi jumlah pelawat terus meningkat. "Selain daripada orang awam, setiap minggu ramai pelajar sekolah yang melawat Muzium Tamadun Islam.

"Kebanyakan pelancong dari luar negara ialah pelancong dari negara barat. Terdapat juga pelancong dari Korea, Jepun dan Cina melawa Muzium tetapi yang lebih ramai ialah dari Eropah.

Menurut Arif, kesedaran sejarah di kalangan masyarakat tempatan lebih rendah jika dibandingkan dengan masyarakat Barat. "Di sana orang membelanjakan masanya berjam-jam untuk melawat Muzium. Muzium Natural History di London, walaupun rekabentuknya tetap sama sejak berpuluh-puluh tahun lalu, tetapi masih ramai orang berpusu-pusu untuk melawat Muzium.

Situasi ini berlaku kerana ramai yang tidak meminati sejarah. "Berapa ramai orang di antara kita minat sejarah, pengajian sejarah di negara kita seperti hidup segan mati tak mahu. Masyarakat kita sepatutnya celik sejarah kerana sejarah merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan kita" kata Arif yang merupakan sarjana dalam bidang sejarah.

Antara usaha yang dibuat oleh Muzium Tamadun Islam, dengan kakitangan seramai 10 orang itu, ialah membuat promosi di setiap daerah di seluruh Sabah.

"Dalam program itu, kita promosikan bahan-bahan yang dipamerkan di Muzium Tamadun Islam, kita edarkan brosur dan risalah, kita buat tayangan berkaitan Muzium Tamadun Islam. Kita memberitahu masyarakat mengenai bahan-bahan dan artifak yang dipamderkan di Muzium Tamadun Islam.

"Setiap tahun kita buat promosi di seluruh Sabah," katanya.

Beliau juga mengalu-alukan jika ada manuskrip, artifak atau bahan-bahan bersejarah yang dimiliki oleh orang perseorangan untuk dipamerkan di Muzium.

"Kita sambut dengan tangan terbuka jika ada anggota masyarakat yang membawa artifak-artifak bersejarah ke Muzium. Ada beberapa kaedah boleh digunakan. Pertama, anggota masyarakat boleh mendermakan artifak-artifak itu kepada pihak muzium dan nma penderma akan dipamerkan bersama artifak itu. Kedua, mereka boleh menjual artifak itu kepada Muzium dengan melalui beberapa prosedur dan harganya akan ditentukan melalui mesyuarat Jawatankuasa Perolehan. Ketiga, angggota masyarakat boleh juga meminjamkan koleksi atau artifak mereka kepada Muzium dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian dengan Muzium," katanya.

2 comments

assalamualaikum abg naddin,

selamat berblog. Saya tau dari Ezza. Teruskan ya.

Terima kasih. Banyak lagi yang abang belum tahu dalam ehwal berblog ini.Tengah mencuba bercerita untuk pembaca. TK.