Rabu, 19 November 2008

Pertama kali berjumpa Husam

Tags

Pertama kali berjumpa dengan Dato Husam Musa membawa kenangan yang tersendiri kepada Sebagai seorang wartawan, memang saya banyak mewawancara ramai orang dari pelbagai bidang. Ini salah satu diantaranya. Pertemuan itu berlaku beberapa bulan sebelum pilihanraya Mac 2008 dimana Dato Husam meramalkan bahawa kerajaan akan menghadapi guncangan daripada pihak pembangkang. Keadaan ini sama seperti apa yang berlaku pada tahun 1969 apabila kerajaan pada waktu menang dengan selesa dan berlaku euphoria yang menyebabkan mereka menghadapi kekalahan selepas itu. Kemenangan BN yang selesa pada tahun 2004 menyebabkan mereka rasa gembira yang keterlaluan. Berada dalam Euphoria. Oleh sebab itu, katanya, mereka boleh kalah dalam pilihanraya.

Saya menemui beliau di Hotel Le Meridien selepas beliau mengiringi DYMM Sultan Kelantan dalam satu acara di UMS. Saya bersyukur dan gembira dapat menemuramah Naib Presiden PAS, salah satu parti terkuat di negara ini.

Beliau seorang yang bersahaja. Saya terkesan dengan sikapnya yang baik hati itu, padahal waktu itu Husam merupakan Exco Kerajaan Kelantan. Beliau sering bercakap dengan fakta.
Saya katakan padanya jika pembangkang mahu menang di Sabah, maka orang-orang sepertinya harus selalu datang ke negeri ini.
Ternyata ramalan Husam bahawa BN akan kalah di beberapa buah negeri menjadi realiti selepas itu.

2 comments

Wah, bestnya :)

Adik Ezzamu
http://puteriezza.com

Kan Ezza juga pernah jadi wartawan dulu