Friday, December 26, 2008

Antara Limu' dan gagau-Apakah makna Cinta bagi masyarakat Iranun?


Antara `Limu' dan `gagau', apakah makna cinta bagi masyarakat Iranun?

Dari sekian banyak nilai-nilai murni yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Iranun, perasaan "limu'" dan "gagau" adalah yang paling sukar dicari padanannya dalam bahasa Melayu.


Meskipun demikian, nilai ini amat dominan sekali dalam kehidupan mereka.Cuma apa yang menjadi subjek perbincangan dalam satu pertemuan tidak rasmi di ibu kota baru-baru ini, ialah adakah "limu'" atau "gagau" sesuai diterjemahkan sebagai cinta mengikut konteks dalam bahasa Iranun.


Benarkah perkataan "limu' " dan "gagau" sukar dicari pengertiannya.Atau apakah sedemikian mudah ia diertikan, baik secara literal ataupun kontekstual, sehingga kita tidak payah lagi merujuk ke akar budaya yang melahirkan nilai-nilai itu.


Sebilangan memilih perkataan "limu" sementara sebilangan yang lain menyatakan bahawa perkataan"gagau" dalah padanan yang paling sesuai untuk menterjemahkan perkataan cinta.


"Limu'" bagi pengertian mereka ialah perasaan dan tindakan sekaligus yang dilakukan beserta dengan bimbingan, panduan, nasihat dan motivasi.Misalnya jika seseorang memberikan nasihat kepada seseorang yang dekatdan karib dengannya, ia dapat diertikan sebagai limu.


"Limu' " disertai dengan rasa kebertanggungjawaban.Ia juga dilakukan hanya di antara mereka yang telah menjalin hubungan yang akrab.


Gagau pula, menurut mereka, membawa pengertian yang lebih kepada satu perasaan atau tindakan yang dilakukan atau dinyatakan tanpa diperhitungkan.Ia boleh jadi bersifat simpati kepada seseorang dan sebagainya.


Sebenarnya sukar juga membezakan antara dua perkataan ini.Limu, kata mereka mungkin boleh diucapkan jika seseorang itu berada di tempat yang "gag" pula mungkin diucapkan jika seseorang itu berada di tempat berhampiran.Mungkin juga , kata mereka lagi, "gagau" boleh diertikan sebagai perasaan kasihan semata-mata.


Walaupun menyedari mungkin perkataan "limu'" dan"gagau" memberi pengertian lain dalam bahasa lain, namun dalam bahasa Iranun iaitu satu kelompok masyarakat yang mendiami pesisir Pantai Barat Sabah seperti Kota Belud,Kudat, Likas dan disebelah pantai Timur seperti Tungku di Lahad atu, perkataan Limu' dan gagau ini sesungguhnya membawa pengertian yang amat dalam dan sukar diungkapkan.


Oleh kerana kurang arif mengenai bahasa Iranun, mari kita perhalusi latar belakang bagaimana perasaan cinta menjadi subjek yang hangat diperbincangkan baru-baru ini.Persoalannya, mengapakah secara tiba-tiba pula makna atau pengertian cinta dicari atau dikaji dan diperdebatkan dalam masyarakat.


Adakah masyarakat kita kini, sudah tidak mempunyai perasaan kasih dan cinta kepada entiti dalam masyarakatnya. Adakah kita sendiri mengenal secara pasti dan jelas akan elemen-elemen dalam masyarakat yang perlu dibangunkan dan dimajukan.Adakah kita sudah terlampau jauh pergi ke era internet dan globalisasi sehingga kita lupa akan budaya dan jati diri kita.


Sebenarnya perkataan itu timbul apabila sebilangan orang mulai kembali dan menggali ke akar budaya bagi mencari jati dirinya.Ramai yang menyelam ke dasar yang dalam bagi menimba nilai-nilai budaya dan moral yang murni.


Ada yang mempersoalkan tentang sejauh mana kita mencintai negara kita.Sejauh mana kita mencintai diri kita sebagai sebahagian daripada elemen masyarajat.Sebagai sebahagian daripada warga yang perlu menyumbangkan tenaga untuk membangunkan negara.Sebagai pemimpin yang secara konsisten berusaha memajukan taraf hidup rakyatnya.


Sebenarnya terdapat tuntutan kepada para pemimpin agar lebih menyintai masyarakatnya.Ada permintaan supaya mereka yang berada di atas lebih melihat ke bawah sementara mereka yang berada di bawah harus pula menunjukkan kesetiaan dan penghormatan kepada kalangan mereka yang di atas.


Sering terjadi, ada pemimpin yang melupai orang bawahannya.Selalu dipersoalkan juga bagaimana rakyat terpaksa beralih kerana berasa tidak dipedulikan lagi setelah pemimpin mereka mendapat jawatan.Ada kebimbangan pada wajah mereka, ada kerisauan selain kegelisahan di mana mereka akan tetap begitu selama-lamanya dan tidak mendapat pembelaan dari kerajaan semata-mata kerana olah orang-orang yang di atas.


Sementara itu, sering juga dipersoalkan adakah para pemimpin telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka dengan sebaik-baiknya.
Itulah yang menjadi persoalannya. (dari koleksi tulisan ANS-Utusan Borneo 14 Rejab 1417)

1 comment:

mrakunman said...

dahulu, masyarakat irranun tradisi sangat akrab dengan dua perkataan ini limu dan gagau.apabila kemajuan menular,perkataan limu dan gagau, menghakis. dalam sejarah kapitalis,memamg keadaan ini berlaku, kerana anjakan budaya, pemikiran, atribut biologis dan sekeliling. mengembali pengertian limu dan gagau pada masyarakat irranun, sukar kemabli, kerana budaya berkembang hanya one-way traffic. apabila, perasaan masaiig, ternaturalisasi, maka mungkin, sifat ini akan kembali. sekali sifat ini ada,maka limu atau gagau sukar kembali. lihat saja, pemimpin kita masa kini, mereka menjadi pemimpin kerana kuasa beli mereka.kuasa wang yang tidak pasti sumbernya.....