Sunday, December 14, 2008

Bergambar dengan Kak Sal


"Eh mengapa nak bergambar dengan saya," tanya Kak Sal ketika kami mengajaknya bergambar.
"saya nak bergambar dengan kakak," kata saya, "kerana kakak salah seorang sifu saya dalam menulis berita".
Kak sal tak mahu dan merendah diri. Tapi kami mahu juga bergambar dengannya sebagai kenang-kenangan.
saya beritahu Rashid bahawa Kak sal banyak memberi peluang kepada saya menulis ketika mula-mula menceburi dunia kewartawanan dahulu, iaitu sekitar 1986.
Saya masih seorang anak kampung ketika mula menulis berita-berita kampung untuk dihantar ke Sabah Times. Waktu itu Kak Sal (Salbiah Jabrin) sudah bertugas sebagai sub editor di sana. Saya belum pernah bertemu mereka ketika itu. Saya hanya mengenal suaminya, abang Lokman (Lokman Sunggim) waktu itu sub editor sukan dan Ketua Editor Emin (Emin Madi) ketika diajak Jasni Matlani ke akhbar itu untuk menyerahkan `claim' kerana waktu itu setiap berita dan rencana dibayar mengikut sukatan.
Tetapi Kak Sal banyak memberi ruang kepada saya menulis , walaupun dia tak mengenal saya. Berita-berita yang saya hantar, walaupun hanya berita mesyuarat persatuan, disiarkan di SabahTimes. Bersama suaminya, abang Lokman mereka banyak menggalakkan saya menulis. Dan oleh kerana itu saya banyak menulis. Saya menulis untuk Borneo Bulletin dan dibayar paling kurang RM15 satu berita. saya menulis di Berita harian dan dibayar RM80 bagi setiap rencana.
Selain Kak Sal dan Abang Lokman, Ketua Editor Sabah Times juga, Emin Madi yang saya panggil abang itu, banyak memberikan bimbingan walaupun ia disampaikan secara informal ketika kami berkunjung ke pejabatnya, di Sembulan.
Kak Sal juga banyak membimbing dan memotivasi saya walaupun secara tidak langsung ketika beliau menjadi sub editor The Borneo Post, satu ketika. Beliau menggalakkan saya menulis dan mengkritik dan mengulas tulisan saya dengan maksud untuk memperbaikinya. Kini salah seorang anak kak sal, mengikuti jejaknya menulis.
Gaambar ini, saya dan Rashid, dirakamkan ketika kami berkunjung ke Kampung Bandulon, sebuah kampung di atas bukit dan Ketua Kampungnya KK Zainah Gudsong, iaitu ibu kak sal sendiri, adalah satu-satuya ketua kampung wanita di bandaraya kota kinabalu

No comments: