Tuesday, December 30, 2008

Datuk SP Kee Kassim tokoh berjasa
















Gambar ihsan Kee Mohd.Noh Datuk Kee Kassim Othman dan Kee Faridah
KEE KASSIM TOKOH BERJASA KEPADA SABAH

Datuk Seri Panglima Kee Kassim Othman (kini Allahyarham) merupakan salah seorang tokoh terpenting dalam sejarah Sabah sejak sebelum merdeka sehinggalah pada era selepas merdeka.

Peranan yang dimainkan oleh tokoh ini dalam sejarah pembangunan di negeri ini tidak dapat dinafikan. Beliau dilahirkan pada 1918 di Tawau dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Kee Othman Abdullah dan Abe Daeng Mapata.

Sepanjang usia kehidupannya, didedikasikan kepada perkhidmatan kepada masyarakat. Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Ketua Kerani di Pejabat Daerah Kota Belud pada tahun 1940. Beliau kemudian menjadi Pegawai Daerah Kota Belud ketika zaman pemerintahan British lagi.

Kariernya menanjak naik dalam perkhidamatan kerajaan dan pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Tetap Hasil Bumi pada tahun 1970.

Datuk Kee Kassim juga merupakan Pengerusi Taman Negara Kinabalu dan pernah menjadi Pengarah Yayasan Sabah. Beliau juga banyak terlibat dalam organisasi sukarela termasuk Persatuan Pengakap Sabah dan Lembaga Pelancongan Sabah.

Sebagai seorang tokoh negeri yang banyak berjasa kepada negeri dan negara ini, beliau telah dikurniakan pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK), Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) dan Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) dan Johan Setia Mahkota (JSM) dari Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong.

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Panglima Hajijah Arsat- mantan Ketua Wanita selama 13 tahun dan dikurniakan lapan orang anak iaitu Kee Mohd.Noh, Kee Mohd.Arsat, Kee Mohd.Nasir, Kee Mohd.Tahir, Kee Faridah, Kee Juraidah, Kee Zubaidah dan Kee Ruhaidah.

Menyusuri silsilah keluarganya, Kee Kassim merupakan satu-satunya anak kepada Kee Othman Abdullah dan Abe Daeng Mapata.Beliau merupakan cucu kepada tokoh masyarakat yang paling terkenal di Tawau, Kee Kim Swee @ Kee Abdullah. Beliau juga merupakan cucu Kee Kim Swee yang pertama dikurniakan gelaran Datuk oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Barangkali perlu juga diceritakan sedikit riwayat Kee Kim Swee. Beliau dilahirkan di Pulau Labuan pada 1863 dari suku Hainan. Pada 1894, ketika berusia 31 tahun, beliau dilantik oleh Pejabat Kastam Tawau sebagai pemeriksa dan pemungut Cukai.

Kee Kim Swee merupakan anak tempatan pertama yang dilantik dalam perkhidmatan Syarikat Borneo Utara British. Beliau meneroka dan membuka kedai di Tanjung atau Pekan Tanjung ynag kini dikenali sebagai Bandar Tawau. Kee Kem Swee merupakan Ketua Anak Negeri dan Orang Kaya-Kaya selepas bersara dari Perkhidmatan Kerajaan.

Beliau memeluk agama Islam dan dikenali sebagai Kee Abdullah ketika berkahwin dengan seorang seorang gadis Mindanao dari Sulu Parang Tapol bernama Jumaatiah Ami Maiden. Mereka dikurniakan lapan belas anak iaitu 13 lelaki dan 5 perempuan. Seramai 12 anaknya membesar di Tawau dan dilaporkan bahawa anak-anaknya terpisah ketika Perang Dunia Kedua. Hanya lapan anaknya ditemui manakala empat yang lain masih belum dapat dikesan.

Anak-anaknya ialah Kee Sulaiman (1897-1977), Kee Othman (1898-1970), OKK Kee Abu Bakar (1899-1953), Kee Aishah (1906-1985), Kee Sidek (1909-1945), Kee Hatifah (1910-1969), Kee Ali (1913-1975) dan Kee Abdul Jalil (1919-1990)

Keluarga Kee merupakan keluarga yang terkenal dan berpengaruh di negeri ini. Selain Datuk Seri Panglima Kassim, antara keturunan keluarga Kee yang terkenal Kee Abdul Jalil Abdullah-anak bungsu Kee Kim Swee, seorang pakar dalam Bahasa Inggeris dan merupakan lulusan University New South Wales Sydney, Datuk Aripin Ampong bekas Pengarah Pertanian (anak Datin Kee Sapiah Sulaiman dan Datuk Ampong Kerahu), Kee Hamid Sulaiman , jurukur dan pernah bertugas di Jabatan Tanah dan Ukur (Anak Kee Sulaiman Abdullah) , OKK Kee Ayub Abu Bakar (anak OKK Kee Abu Bakar Abdullah dan Siti Arah Langkacho), , Datuk Ahmad Baharom Titingan, mantan Timbalan Ketia Menteri Sabah (anak sulung Datin Seri Hafsah Sulaiman dengan Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan), Datuk KY Mustafa,mantan Setiausaha Kerajaan Negeri ( anak Kee Yusof Abu Bakar dan Halimah Jaafar), Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Kee Zulkifly Harrith @ Kipps, (anak kepada Kee Harrith Sulaiman dan Anum Jan Amir Khan).

Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Panglima Kee Kassim Othman dalam sejarah pembangunan dan kemajuan di negeri Sabah amatlah besar ertinya. Bukan itu saja, sumbangan yang diberikan oleh keluarga Kee pada umumnya, amat menarik untuk dikaji dan diselidiki untuk faedah generasi akan datang.

Gambar1: Datuk Seri Panglima Kee Kassim Othman dan isteri, Datin Seri Hajijah Arsat bersama anak-anak mereka Kee Mohd.Noh, Kee Mohd.Arsat, Kee Mohd.Nasir, Kee Mohd.Tahir, Kee Faridah, Kee Juraidah, Kee Zubaidah dan Kee Ruhaidah

Gambar2:Persatuan Pengakap Sabah Kota Kinabalu 26 Julai 1974
Gambar3Kelihatan tiga dari kiri,Datuk Seri Panglima Kee Kassim Othman, Tun Said Keruak (tiga dari kanan) dan Datuk Zakaria (dua dari kanan)

Gambar4:Kee Kassim Othman menerima pingat ASDK daripada Tun Pengiran Ahmad Rafaie

5 comments:

bonn said...

hai abdnaddin..msa sya baca,saya tnmpak nma kee abdul jalil..adakah kmu knal siapa kee abdul jalil dlm cerita ini.klau dia seoarang guru besar bermakna,dia ni pacik saya..

bonn said...

hai abdnaddin..sya mau tanya skit.masa saya baca ni artikel,saya tbaca nma kee abdul jalil.jadi kita knal ka kee abdul jalil ni siapa..dia kerja apa..kalau guru besar,dia tu,pakcik saya...

abd naddin said...

Saudara Bonn, Kee Abdul Jalil adalah seorang guru besar di Kota marudu.Beliau adalah antara orang Sabah yang pertama lulus dalam TESL di New South Wales University di Sydney di bawah Rancangan Colombo Plan. Saya tidaklah mengenalnya secara peribadi tetapi salah seorang anaknya Kee Maidin pernah menjadi orang penting dalam politik UMNO di Kota Marudu. Setakat inilah yang saya tahu. Terima kasih atas respon saudara.

Kee Heritage said...

Salam Abdnaddin. Terima kasih ke atas post ini. Saya ingin bertanya dari manakah saudara mendapat sumber mengenai kelahiran datuk saya Kee Kim Swee? Saya adalah anak bongsu Kee Abdul Jalil.

abd naddin said...

Sdr Kee Heritage,
maklumat mengenai Kee Kim Swee itu saya dapatkan daripada Kee Faridah, salah seorang personaliti dalam keluarga ini yang membuat kajianmengenai susur galur keluarga mereka.demikian adanya.tk atas komen sdr