Jumaat, 5 Disember 2008

Enaknya menjadi wartawan

Tags


Saya beritahu Junaidi Ladjana (dua dari kanan) bahawa seseorang tidak perlu kaya untuk makan di restoran yang mahal, apalagi di hotel berbintang, tidak perlu jawatan yang tinggi untuk berjumpa menteri, tidak perlu senjata untuk memperjuangkan hak rakyat dan sebagainya.
Parni Hadi, mantan pemmpin umum Harian Umum Republika pernah berkata, "Jika saya menjadi guru, hanya 40 orang anak-anak yang mendengar omongan saya, tapi jika saya menjadi wartawan, ada ribuan orang yang membaca tulisan saya'.
Gambar ini dirakamkan ketika kami bersama-sama menunggu Sidang Media Wanita UMNO Tenom di Hotel Novotel 1 Borneo. Turut bersama kami ialah Anne Vivienne New Sabah Times, anaknya terence dan cucunya, Natanya.