Friday, December 12, 2008

Gambar Persatuan Sejarah


saya beruntung berada di tengah-tengah mereka, para penggerak Persatuan Sejarah Malaysia Cawanngan Sabah. Kebetulan juga saya yang termuda, tetapi sejarah tetaplah sejarah.Hanya dengan mengimbas masa lalu, kita dapat mencipta masa depan yang lebih indah.
Pernah sekali saya berasa kekoh ketika mempengerusikan Mesyuarat Biro Penerangan PSMCS. Bagaimana saya yang mentah ini boleh dilantik jadi pengerusi pada ketika ajk-ajk biro terdiri dari mereka yang lebih berpengalaman daripada saya. Tetapi mereka berbaik hati dan me`manja'kan saya, sambil memberi semangat bahawa mereka akan sentiasa membantu saya.
Sebenarnya, orang yang bertanggungjawab membawa saya memasuki persatuan ini ialah guru saya, arwah Datuk Haji Awang Sahari Abd.Latiff. Beliau saya anggap sebagai guru, sebagai mentor dan sebagai sahabat yang mengerti. Saya teringat bagaimana ketika berada di USIA setiap hari saya bertanya dan menggalakkan supaya beliau menghasilkan buku, dan akhirnya terbitlah buku Mana Bendera Saya, yang menjadi satu khazanah berharga buat negeri ini.
Duduk dari kiri, Mansur Asun,(Bendahari) Dr.Haji Abdul Aziz Ahmad (Timbalan Yang Di Pertua), Datuk Seri Panglima Dr.Hasbollah Haji Taha Yang Di Pertua), Haji Adnan Ibrahim (Setiausaha) dan Drs Abdul Hamid Haji Rahmat. Berdiri, Ali Hassan Osman,Ono Boni, Hajah Nanih Abah,Abd.Naddin Hj Shaiddin, Dr.dayu Sansalu dll. Tiada dalam gambar, Mat Zin Mat Kib (kerana beliau pulang awal sebelum sesi bergambar)

1 comment:

abunuha said...

salam. Mana mau dapat tu buku mana bendera saya?

Kami pernah temuramah Allahyarham Datuk Ag Sahari, beberapa bulan sebelum beliau kembali kerahmtullah.

Masa tu, buku tu ditunjukkan kepada kami dan bakal dilancarkan.