Thursday, December 4, 2008

Jika bekas sekolah kita berjaya


Entah apa agaknya perasaan Rashid (Abdul Rashid Abdul Rahman) wartawan Utusan Malaysia (kanan) ketika menemuramah pemenang Kid Witness News (KWN) Regional Competition Awards dari Malaysia ini.


Saya fikir beliau gembira (dan berbangga) kerana mungkin untuk pertamanya menemubual pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Kuantan, Pahang yang memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa. Untuk Rekod, Rashid pernah menduduki bangku sekolah di SABS ketika tingkatan enam. Saya agak cemburu juga dengan Rashid kerana selama saya empat belas tahun menjadi wartawan, saya belum pernah berkesempatan menemuramah pelajar dan bekas sekolah saya, SMK Taun Gusi Kota Belud walaupun mereka mungkin pernah mencatat beberapa kejayaan.


Kejayaan SABS sekolah ini mengharumkan nama negara amat membanggakan sekali. Pertandingan ini yang dianjurkan oleh Panasonic melibatkan 626 sekolah daripada 24 negara di seluruh dunia termasuk sekolah di Amerika, Kanada, Jepun, China, Eropah, Timur Tengah dan Asia Pasific.


Wakil Malaysia menang penyuntingan terbaik KWN dengan tajuk penyertaan fenomena buli di sekolah.


Kami berasa agak kagum dengan kreativiti kanak-kanak menggunakan teknologi video digital. Pemenang bagi kawasan Asia, Thailand men\mbuat dekomuntari mengenai kerbau, dari Indonesi memperlihatkan mengenai kelestarian alam, pelajar dari Singapura mengenai Kucing, pelajar dari Australia mengenai globl warning iaitu globe bumi yang terpaksa di pusat rawatan kecemasan , selain itu ada juga hasil karya pelajar dari Vietnam mengenai bunga dan sebagainya. Tahun ini, terdapat juga penyertaan dari sabah iaitu dari St Joseph Papar Sabah


Dalam perjalanan pulang, saya mengucapkan tahniah kepada Rashid kerana bekas sekolahnya dipilih sebagai salah satu pemenang dalam pertandingan itu. Sebagai alumni, beliau pasti berbangga dengan kejayaan itu.Syabas

No comments: