Rabu, 10 Disember 2008

Sabah boleh menjadi dataran sastera di Borneo

Tags





Jasni Matlani menyatakan hasrat untuk menjadikan Sabah sebagai dataran sastera di Borneo. Beliau juga berhasrat untuk menjadikan pulau Borneo ini sebagai dataran sastera di Nusantara. Perkara ini dinyatakannya dalam ucapannya di DBP Sabah ketika mengalu-alukan kehadiran serombongan penulis B2K dari daerah Tutong Brunei yang diketuai saudara Chong Ah Fok. Turut berucap pada malam itu ialah Pengarah DBP Sabah sendiri, Zubaidi Abas, Chong Ah Fok dan Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah, Sukor Haji Usin.
Sambil menikmati makanan, hadirin dihiburkan dengan petikan gambus dan lagu-lagu irama gambus. Juga bacaan puisi, syair, gurindam dan lagu-lagu puisi.
Hasrat Jasni Matlani yang mesra disapa sebagai JM itu merupakan cita-cita yang diimpikan bersama untuk menjadikan Sabah sebagai dataran sastera yang penting, kalaupun tidak yang terpenting, di negara ini.