Monday, December 29, 2008

Sabah lawan MU 1981

Agak lama juga saya terpegun melihat keratan akhbar yang terpampang di papan kenyataan pejabat seorang rakan di Tingkat 5, Wisma Yakim. Sebuah gambar lama yang menunjukkan Ketua Pasukan Sabah, James Wong sedang bersalaman dengan Ketua Pasukan Manchester United ketika perlawanan persahabatan di Stadium Likas pada tahun 1981. Alangkah hebatnya pasukan Sabah waktu itu.

Secara kebetulan, saya terjumpa Razali Zinin, di Tingkat 13, Wisma Bandaraya dalam satu majlis pelancaran logo KPSKTM. Razali sekarang mengisi masa lapangnya dengan bermain golf. Beliau sudah lama tidak menonton bola. Padahal, Razali pernah mewakili negara pada tahun 1979. Razali Zinin merupakan pemain Sabah selama 17 tahun iaitu 1979-1993.

Kalau ingin maju, bola sepak Sabah perlu dirombak dari atas sampai bawah. Kalau dulu, seminggu sebelum perlawanan, tiket sudah habis dijual tetapi kini sebaliknya.

Saya teringat pertemuan saya dengan Hassan Sani dan Kelly Tham di Centre Point beberapa tahun lalu. Saya tanyakan mengapa dulu malaysia hebat, "sebab kami bermain untuk negara.Kami hanya memikirkan maruah negara ketika kami bermain," kata Hassan.

Hassan dan James merupakan gandingan pemain Malaysia yang digeruni di peringkat antarabangsa bersama Mokhtar dahari, Isa Bakar dan sebagainya. Siapa masih ingat perlawan Malaysia menentang Korea Selatan. Dulu Jepun, pasukan belasahan . Apatah lagi pasukan seperti Vietnam.Kalau dulu kita boleh hafal, nama-nama pemain tetapi kini tidak lagi begitu.Keadaan jauh berubah.

Saya ingat waktu kecil di kampung dahulu, setiap jam 4.15 petang saya sudah terpaku mendengar siaran langsung dari radio perlawanan Sabah , dengan pengulasnya arwah Ismail Tahir. Sungguh hebat sekali.

Kini hebat lagikah pasukan sabah?

3 comments:

CAKAP2BOLA said...

kejatuhan bolasepak negara disebabkan FAM. Pengurusan FAM patut berundur.

iale said...

Tak pernah tahupun pasukan Sabah pernah lawan MU sehinggalah terbaca blog saudara. Terima kasih di atas blog saudara, banyak informasi berguna yang saya dapat. Teruskan usaha!

abd naddin said...

terima kasih iale.sekadar berkongsi maklumat,semoga ada manfaatnya.