Ahad, 14 Disember 2008

Seketika berada di Sinsuran

Tags


Saya minta tolong kepada Mubin Abd.wahab yang bekerja di Sri Sempelang Sinsuran untuk mengambil gambar kami. Kami jarang bertemu kerana abang saya, Japdin (kanan) dan isterinya bertugas di Kudat manakala Amirudin (tengah) bertugas di Tuaran dan wahiduddin yang selalu bertugas di luar daerah.
Saya berbangga kerana salah seorang yang membina kompleks Sinsuran ialah arwah pakcik saya, ketika beliau bekerja sebagai tukang.
Kita harus berbangga jika kota ini, kita ikut sama membangunnya, membinanya. Kita jangan membina kota tetapi merobohkan manusia di dalamnya