Sabtu, 13 Disember 2008

Seketika di Kampung Nala

Tags

Kelihatan cikgu Mohd.Isha Jutor , Ramlis Haji Sharif Baba, Cikgu Ismail Sidek, Sabtu Susulan(Pengerusi JKKK Kampung Nala) dan saya sendiri.

Gambar ketika mengunjungi Kampung Nala, Tungku, salah sebuah perkampungan Iranun di Tungku Lahad Datu. Selain Nala, masyarakat Iranun juga mendiami Kampung Barigas dan Kampung Bakulud. Selain tiga kampung Iranun di Tungku, masyarakat Iranun juga menetap di Kampung Indarason Laut, Kudat (dan Kampung marimbau yang kini tiada penghuni Iranunnya) , Kampung Likas dan Kampung Warisan di Kota Kinabalu dan 22 Kampung Iranun di Kota Belud. Masyarakat Iranun juga terdapat di Felda Umas-Umas Tawau. Masih ramai juga yang tinggal dalam diaspora Iranun yang menyebar di seluruh negara.
Saya juga masih menyimpan hasrat untuk berkunjung ke Kampung Ilanun Kuala Penyu. Mengapa kampung itu dinamakan Kampung Ilanun, apakah ada cucu cicit orang Iranun di sana?
Masyarakat Iranun mempunyai hubungan erat dengan rakan sebangsa mereka di Mindanao iaitu maranao, Iranun dan Magundanao. Ketamadunan masyarakat Iranun di sabah boleh dijejaki sejak kesultanan Melaka. Malah Raja Abdullah di Perak, menurut Raja Ali Haji dalam buku sejarahnya, Tuhfat Al Nafis pernah mencatatkan bahawa baginda pernah meminta bantuan orang Iranun dari Tempasuk untuk menyerang Francis Light di Pulau Pinang.
Sama seperti para sarjana seperti James Warren, saya sukar membayangkan bagaimana bangsa yang sangat berpengaruh pada abad ke 17 dan ke18 dan awal abad ke-19 ini , kini sukar untuk mengembalikan semua kehebatan yang pernah dicatatkannya.

4 comments

apabila ilmu kira-kira dan alam dipelajari, cel-cel otak terbiasa dengan rumus-rumus. apabila cel-cel otak dikuasai oleh rumus-rumus, maka membaca fakta-fakta bukan berasal daipada rumus-rums sukar di fahami. samalah dengan cerita suku iranun, pernah jadi perkasa, sukar juga difahami, sebabnya, masa kini, sifat yang terlekat pada suku ini antaranya

mara ngit
masi iig
maka umpata
tha puka sa kipayaan
maregen sumunggud sa kapiyan
mipuru su ginawa

Salam.
Jika masih teringin ke Kampung Ilanun, silakanlah. Mungkin di sana ada bahan, mungkin di sana ada kenalan...:)

Aranam,
memang saya teringin sekali ke kampung Ilanun di Kuala Penyu.Cuma saja saya belum dapat contact person yang boleh dihubungi.Mungkin, satu ketika dalam waktu dua tiga bulan akan datang, jika tiada aral melintang, kami akan kesana. Aranam, ada kenal sesiapa di sana? Atau mana tahu ada orang dari Kampung Ilanun yang membaca blog ini.Bolehlah menghubungi saya atau alamat emel: abdnaddin@yahoo.com

as salam...saya mencari bapa saudara saya di lahat datu, boleh tolong sampaikan berita yg anak perempuan beliau di pulau pinang ingin melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi...

nama : akob bin chik
ic no :6828693
umur : 52 tahun
alamat akhir : no 635 blok d mk 12,
kampung baru sungai ara,
11900 bayan lepas. pulau pinang

jika ada maklumat boleh hubungi saya di talian 016-4389200
Asmadi Abdul Rahman Chik

terima kasih...salam sejahtera