Thursday, January 8, 2009

Arthur, ahli entomologi dan kaji semut

ARTHUR, ahli entomologi dan kaji semut

Katanya, serangga suka kepada cahaya.Pada kebiasaannya, keterpegunan mereka kepada cahaya ultra violet menyebabkan mereka merubung lampu.Itulah sebabnya kita mendapati serangga seperti agas dan kelkatu terbang dan hinggap di sekitar lampu atau pelita yang bersinar.
Kadang-kadang mereka tidak dapat terbang lagi kerana terkena bahang kepanasan.Lalu rebah.Kemudiannya mati kerana cahaya itu.Ada kalanya juga, mereka tertipu kerana menyangka suatu objek itu seperti cahaya.
Serangga sering jatuh cinta kepada cahaya, katanya lagi.Kerana itu, pada waktu bulan terang, kita jarang nampak serangga.Lazimnya, pada waktu-waktu begini serangga tidak terbang rendah.Biasanya mereka berada di pucuk-pucuk kayu di tempat yang tinggi.
Ketika ditanya begitu, dia menjawab, serangga sebenarnya ingin terbang ke bulan.
Ke bulan! kerana mereka mungkin rindukan bulan, katanya berjenaka.
Dia yang bercakap begitu, Arthur Y.C Chung, memang bukan sembarang orang. Sebagai seorang pakar kaji serangga, Arthur mendapat ijazah pertamanya di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tesis Ants in Cocoa Habitat.
Sementara itu, untuk ijazah keduanya di Universiti yang sama, beliau mempertahankan tesis bertajuk Ants of Lowland Rainforest.
Tesis bagi doktor falsafahnya di Universiti Oxford ialah mengenai Beetle Diversity
Oleh itu, tidaklah begitu menghairankan apabila dia begitu begitu mahir menguasai dunia serangga.
Sesudah hujan selesai, kami pergi hingga ke pinggir-pinggir belantara Poring, Ranau bagi menyuluhi kalau-kalau ada spesies baru serangga yang dapat ditemui untuk dijadikan kajian.Dalam perjalanan itu, saya sempat memerhatikan bagaimana tekunnya dia bekerja.Dari pucuk ke pucuk bunga yang lain, dari daun ke daun yang lain, kami meneliti setiap hidupan yang kadang-kadang bermukim bergelantungan di situ.
Kata Dr. Arthur (ketika itu, beliau belum mendapat gelar dr lagi) , serangga biasanya, lebih aktif selepas hujan meskipun secara majoriti, banyak yang memilih untuk tidur dan berehat, pada waktu malam.
Sejak 1991, ketika mula-mula menekuni bidang itu, Dr.Arthur mendapatinya sangat menarik dan mencabar.
Bidang kajian utama, ahli entomologi ini, banyak berkisar dalam kajian tentang semut.
Dalam bukunya, Common Lowland Rainforest Ants of Sabah, Dr.Arthur misalnya menulis sebab mengapa minat kajiannya banyak tertumpah terhadap kaji serangga terutamanya semut.

"Most people are familiar with ants because they are found almost everywhere, but not many people know much about these tiny living creature".

Beliau melanjutkan," it is very difficult to appreciate the wonder of ants because they are small and many superficially alike, unlike butterflies, with are attractive and colourful."

Oleh kerana semut biasanya kecil dan tidak pula berwarna warni maka amatlah sukar untuk memeriksa dan meneliti dunia semut.Bagaimanapun semut adalah begitu unik dalam organisasi sosial dan perilaku sosial mereka, kata Dr.Arthur.
Kadang-kadang, jelas Dr Arthur lagi, ada semut yang terdapat di mana-mana.Ada juga semut yangb hanya terdapat di sesetengah tempat yang tertentu saja.
Ada semut yang kita dapati di hutan, tetapi tidak kita dapati di tempat lain.Kadang-kadang tidaklah sama dengan semut yang kita temui di pinggir hutan atau di bandar.Lingkungan dan komuniti yang berbeza akan membezakan mereka.
Kita tidak akan dapat menghabiskan kajian tentang serangga, katanya lagi. kerana memang bidang kajian ini, tidak akan habis-habis.
Sementara itu, kami sampai semakin jauh ke dalam taman.
Dr.Arthur memang salah satu sosok peribadi yang menarik sepanjang beberapa hari kami berada di Taman Kolam Air Panas Ranau itu.Sebenarnya pengalaman bersama-samanya ketika membimbing bengkel Penulisan dan Fotografi Jabatan Hutan, pada 1997, juga memberi peluang kepada saya menangguk ilmu daripada teman-teman yang kebanyakannya sungguh memaknakan.

No comments: