Saturday, January 10, 2009

KaryawanWs kumpul tandatangan untuk siaran TV guna bahasa tempatan


KOTA KINABALU: Persatuan Karyawan Waris Sabah (KaryawanWS) kini sedang mengumpul tandatangan daripada rakyat di negeri ini untuk menyokong siaran Tv dalam bahasa Kadazan,Dusun, Murut dan Bajau di RTM.

Tony Francis Gitom berkata pihaknya telah memulakan kempen tandatangan di seluruh Sabah untuk mendapatkan sokongan penuh rakyat dalam rancangan siaran TV untuk Bahasa Kadazan, Dusun, Murut Dan Bajau di Radio Televisyen Malaysia.

Setakat ini kami telah berjaya mengumpul lebih 20,000 tandatangan dan kempen itu akan diteruskan hingga Februari nanti.

Rombongan AJK Persatuan KaryawanWS merancang untuk berjumpa dengan Menteri Penerangan bagi menyerahkan senarai penuh kempen tandatangan dan kertas cadangan mengenai perkara itu.

Sehubungan itu, satu majlis makan malam akan diadakan pada 23 Januari ini di Dewan KDCA Penampang bertujuan untuk majlis pelancaran kempen itu dan mengumpul dana untuk menghantar rombongan ke Kuala Lumpur.

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh menghubungi Jimmy Medimbun Etim di talian 019-8410017

Kamim meminta supaya orang ramai memberikan sokongan dalam usaha murni demi memperjuangkan hak-hak istimewa Kadazandusun Murut dan Bajau dan mengangkat martabat bahasa itu.


Menurutnya, pada November 1967 Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun telah mengumumkan kesudian Kerajaan Negeri sabah untuk membaiyai penubuhan TV Sabah sepenuhnya. Perdana Menteri keyika itu telah bersetuju dengan rancangan tersebut.

Ekoran itu, Projek Pembinaan Pusat Pemancar TV di Lawa Mandau telah dimulakan pada hujung 1969.

Siara percubaan pertama di pantai barat Sabah dimulakan pada 21 Disermber 1970 dan disiarkan setiap Isnin jam 2.00 petang hingga 4.00 petang menerusi Pemancar Lawa Mandau.

Seterusnya Isnin Rabu dan Jumaat dipancarkan pada jam 7.00 hingga 9.00 malam. Selepas itu, pusat pemancar giat dibina di Lawa mandau, Layang-Layang, sandakan, Kudat, Tawau dan Lahad Datu,

Pada 28 Disember 1971, Tun Datu Mustapha telah merasmikan TV Malaysia Sabah.Siaran bermula pukul 6.00 pertang hingga 11.00 malam dengan jumlah masa siaran 35 jam seminggu atau lima jam setiap hari

Ketika itu, terdapat tiga sumber utama rancangan yang disiarkan di TV malaysia Sabah iaitu rancangan dari Kuala Lumpur, Rancangan Terbitan Tempatan dan Filem Luar Negara

Penerbitan Rancangan Tempatan Sabah dalam siaran ini ialah Rancangan Harian, Kuntum Harapan, Bingkisan Irama, Sumbangsih, Sabahria dan lain-lain. Rancangan Pembangunan Dari Puncak Kinabalu, Gerak Maju dll.

Rancangan Hal Ehwal Semasa, Intisari Sukan, Kebudayaan, Ceramah Agama dll
dan Rancangan Siaran Langsung seperi Belia Tempatan, Bintang-bintang RTM, Harijadi TYT, Membaca Al-Quran dll

Pada 30 Ogos 1975, Siaran Rangkaian Pertama dari KL menyambungkan siaran pada jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi iaitu Sabah dan Sarawak

pada 31 Ogos 1975., TV Malaysia Sabah dengan rasminya menjadi Rangkaian 3 dan memulakan siaran jam 6.00 petang hingga 9.00 malam selama tiga jam

pada 31 Ogos 1983, Siaran Rangkaian Kedua TV Malaysia mula diterima di Sabah dan Sarawak.Siaran Rangkaian 3 telah dipendekkan dari jam 7.00 malam hingga 8.00 malam

Pada 1985, rangkaian 3 telah dihentikan perkhidmatan siarannya dan Stesen TV Sabah hanya menjadi pusat pemberita menghantar ke KL untuk Siaran TV Satu

Pada 2008 Berita Wilayah hanya bersiaran selama 15 mint dan pada 2009, konsep Breakaway News hanya siaran selama 30 minit saja

2 comments:

windi said...

SOKONG 100 PERATUS!!! kita negeri besar tapi berita sangat sikit. Semua channel berita banyak tumpuan pada semenanjung saja hinggakan semenanjung tidak mengetahui lebih mendalam tentang sabah dan Sarawak.Kira bias juga. Walhal banyak juga berita menarik dari Sabah dan sarawak. Kembalikan kegemilangan TV Sabah!!!

abd naddin said...

Terima kasih cikgu, atas komen. Saya agak terkejut kerana kebetulan saya berada depan skrin komputer ketika ini.

Mari kita berusaha mengembalikan kegemilangan TV Sabah.

Salam