Wednesday, January 7, 2009

pemuzik bambu, Mesang-mesang kadi dan perkataan ngelanji

Saya terpegun dan terkagum-kagum sampai sekarang ketika melihat kehebatan sebuah kumpulan muzik bambu dari Tenghilan yang mampu memainkan pelbagai jenis lagu menggunakan muzik bambu. Kumpulan yang membuat persembahan sempena pelancaran Pelan Pelancongan Tuaran di Rasa Ria Ria baru-baru ini, begitu hebat sekali memainkan lagu Melayu, lagu Dusunkadazan, lagu Cina dan lagu Bajau.

Antara lagu yangdimainkan oleh kumpulan itu ialah lagu Mesang-mesang kadi, sebuah lagu yang saya tidak ingat siapa penciptanya tetapi saya suka mendengarnya.

Mesang-mesang kadi
mesang rebung nya' teku turi


(miang-miang keladi, miang rebung, tidur tak boleh).

ian nu nasip diri, terua' ta diri
Apalah nasib diri, yang menimpa diri

Endo ta’rumah, endo ta' ruma' ngelanji, bilau ngelanji
isteri di rumah, isteri dirumah asyik bergaya

ambit ku bangkung
lingau-lingau nu te yu mapi...


Ketika mereka memainkan lagu ini, saya meminta saudara Sabli Nasi untuk menuliskan senikata lagu ini. Ketika cuba menterjemahkannya ke bahasa Melayu, saya tersangkut ketika cuba menterjemahkan ngelanji ke dalam bahasa Melayu. Ngelanji membawa banyak makna, tetapi tak ada makna yang tepat untuk menterjemahkannya. Bagi penutur bahasa Bajau dan umumnya bahasa Melayu Sabah, boleh memahami makna kata ngelanji. Ada orang yang menterjemahkan ngelanji sebagai sikap seseorang yang hanya menumpukan masanya dengan bergaya, bersolek dan mencantikkan diri tanpa mempedulikan perkara lain.

Saya sempat menelefon saudara Azrone bertanyakan makna ngelanji dengan tepat. Saya mendengar dia tertawa di hujung telefon. Katanya, kalau ngelanji dihubungkan dengan lelaki, ia boleh membawa maksud seseorang yang kasanova, atau sang romeo. Tapi dalam lagu ini, ngelanji adalah sikap seseorang yang menghabiskan masa dengan bersolek dan mematut matutkan diri. (Ini istilah saya sendiri)

Ambit ku bangkung
Lingau-lingau te yu mapi.


Kuambil pemukul, cepat-cepatlah dia ke dapur. Mapi maksudnya memasak tetapi dalam lagu ini, saya kira, lingau-lingau te yu mapi ,maksudnya cepat-cepatlah si isteri ke dapur untuk memasak.

Tetapi sebegitu kejamkah si suami? Hanya kerana isterinya asyik ngelanji, maka dia tergamak memukul isterinya. Lagu ini kerana sifatnya lagu, ia dinyanyikan untuk menghibur diri sekaligus digunakan si penciptanya untuk menyindir dan mengkritik masyarakatnya.

Sebagai lagu, mesang-mesang kadi tetaplah menghibur. Cuma nasihat saya, janganlah mesang-mesang kadi atau miang-miang keladi kerana akhirnya “nya teku turi” atau tak dapat melelapkan mata.

2 comments:

aranam said...

Assalamu'alaikum.

Mesang-mesang kadi,
Mesang rebung nya' teku turi...

Hanya dua bait itu masih diingati bagaimana rentak bunyinya.

abd naddin said...

rentak bunyinya terasa indah sekali kalau kita lama tak mendengarnya. Selain lagu mesang-mesang kadi, banyak lagi lagu Bajau yang menarik misalnya beriu niup ku pasan...