Tuesday, January 6, 2009

Penulis dipelawa mengirim sajak

Orang ramai khususnya golongan penulis dan penyair di negeri ini dipelawa untuk menghantar puisi-puisi mereka berkaitan tragedi Palestin yang akan diterbitkan dalam bentuk antologi oleh Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan Ikatan Penulis Sabah (IPS).

Yang Di Pertua BAHASA, Jasni Matlani berkata, puisi-puisi yang yang bertemakan tragedi yang menimpa rakyat Palestin hendaklah dihantar kepada penyelanggara melalui emel bahasa_sabah@hotmail.com atau mengirimkan puisi mereka di alamat Peti Surat 13132, 88835 Kota Kinabalu dan hendaklah sampai ke tangan penerbit selewat-lewatnya pada 11 Januari.

Katanya, Puisi-puisi juga boleh dihantar melalui kelab maya Sastera Sabah melalui alamat kemsas@yahoogroups.com, atau mengirimkan puisi mereka melalui emel: abdnaddin@yahoo.com.

Beliau berkata, antologi itu dijangka diterbitkan dan dilancarkan sempena Majlis Baca Puisi Tragedi Palestin pada 18 Januari di Lintasan Deasoka.

Sehubungan itu, beliau mempelawa penulis dan penyair di seluruh negeri supaya menghantar puisi-puisi karya mereka dan setiap penulis boleh menghantar sehingga 10 puisi untuk antologi.

Penulis, penyair dan peminat sastera yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Ailin Nor melalui talian 0148559095, Jasni Matlani (0168115593), Sukor Haji Usin (o128330664), Jasni Yakub (0198094249) dan Abd.Naddin Hj.Shaiddin (0168351013).

Katanya, antologi puisi itu diterbitkan sebagai respon penyair-penyair di negeri ini terhadap kekejaman Israel di Semenanjung Gaza di Tanah Palestin

No comments: