Sunday, January 18, 2009

Rakan bloggers berpuisi untuk Gaza



Rakan-rakan bloggers juga turut menjayakan program Baca Puisi Amal Gaza. Yang berkopiah itu ialah saudara Yusuf Nur (Ucukpkun) http://yusufnur.blogspot.com yang juga menulis di kemsas@yahoogroups.com manakala seorang lagi bernama syafie atau pie http://a10-02.blogspot.com.
Seorang lagi rakan penulis, menulis dari Tashkent, sebuah kota di Asia Tengah, dengan menggunakan nama pena Aranam tersiar dalam antologi Luka Gaza.
Seorang lagi rakan Jalimik Sawatan menulis dari Kuala Lumpur, menggunakan nama Sukma Jasa. http://puisijalimiksawatan.blogspot.com.
Terima kasih atas sumbangan saudara-saudara.Terus menulis



5 comments:

aranam said...

Terima kasih kerana turut menyelit sumbangan yang teramatlah kecil itu. Walaupun buat masa ini, sengsara Gaza seakan cuba menyepi daripada penglihatan dunia...semoga derita mereka yang sentiasa berkesinambungan itu akan segera berlalu dan berakhir.

Little Mike said...

sangat menghargainya atas kesudian saudara memberi ruang kepada puisi saya. ia satu sumbangan kecil berbanding nama gah penulis lain namun harapan tetap sama, mahu melihat dunia Palestin dihargai dan dihormati haknya oleh dunia...

Yusuf Nur said...

Terima kasih tuan. Bicara dari kelas ketiga biasanya lebih nyaring kerana sering tersisih dan dilupakan.
Sama-sama berjuang. Untuk dunia dan hidup yang selamanya. Amin.

Yusuf Nur said...

Terima kasih tuan. Bicara dari kelas ketiga biasanya lebih nyaring kerana sering tersisih dan dilupakan.
Sama-sama berjuang. Untuk dunia dan hidup yang selamanya. Amin.

Ampuan Awang said...

Teramat malang rasanya tak dapat menghadiri majlis tu. Mungkin tersilap lokasi... Apapun, singgahla sekali-sekala blog lungan dari golongan kelas ke-3 di:
http://ampuanawang.blogspot.com