Friday, February 20, 2009

Datuk Masidi dan beberapa petuanya

Sebenarnya lebih mudah menarik lembu untuk menaiki bukit. Tetapi lebih sukar untuk menarik lembu turun ke bawah. Fakta ini mungkin remeh tetapi sering kita lupakan. Perkara-perkara kecil begini boleh dikaji secara ilmiah untuk generasi akan datang dan tugas para wartawan, adalah menulis lebih banyak tulisan yang bercorak ilmiah untuk tatapan pembaca. Saya tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri ketika menyampaikan ucapan pada Malam Anugerah Kewartawanan Pendidikan UMS-SJA di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinbalu. Ucapan Masidi sentiasa menarik dan sering dipenuhi hal-hal baru. Kita dapat merasakan kejujuran dan keterbukaan dalam ucapan-ucapannya.
Katanya, banyak fakta ilmiah yang terdapat di sekeliling kita , sering kita abaikan. Banyak yang kita boleh eksploitasi untuk kemaslahatan manusia.
Masidi memberi petua bagaimana menghalau nyamuk dengan mudah. "Tidak perlu pakai Ridsect atau Fumakila" katanya. Anda hanya perlu mengambil piring atau pinggan berwarna putih dan ambillah air bekas cucian pinggan mangkuk dan letakkan di atas piring itu tadi. Sang nyamuk akan hinggap disana dan tidak lagi mengganggu kita.
Satu lagi nasihatnya ialah jangan sekali-kali menggunakan plastik polystrin untuk tapau atau membungkus makanan. Mengikut kajian alam sekitar, polystrin mengambil masa lima ratus tahun untuk dihapuskan. Ia juga berbahaya untuk kesihatan kita.
Apa caranya menghilangkan kelemumur? Datuk Masidi mempunyai petuanya. Tak payah pakai syampu, anda hanya perlu menggunakan kelapa parut untuk membersihkan kepala anda dari kelemumur.
Semua petua ini, kata Masidi diambil dari khazanah lama, dari petua nenek moyang kita. Kalau kita rajin bertanya dan membongkar rahsia ketamadunan kita, kita akan banyak bertemu kearifan lama.

1 comment:

bluehope said...

Bagus nih...kalo bleh bagi byk2 skit petua2 datuk nenek kita nih. Sungguh mjimatkan, dijamin selamat dan baik utk kesihatan...