Friday, February 13, 2009

Di Memorial Paduka Mat Salleh, Tibabar











Seandainya Paduka Mat Salleh masih hidup, mungkin beliau akan tersenyum melihat kami memasuki kubunya

di Kampung Tibabar, Tambunan. Tetapi beliau telah meninggal lebih seratus tahun yang lalu, menurut catatan British. Mat Salleh dikatakan terkorban dalam pertempuran selepas kubunya dikepung orang putih pada awal abad ke20. Bersama Abdul Rashid Abdul Rahman (wartawan Utusan Malaysia) dan Ghazali Basri (jurufoto Utusan Malaysia) kami mengunjungi memorial tokoh pahlawan Sabah yang terkenal itu. Rasanya banyak yang perlu dipertingkatkan terutama infrastruktur dan persembahan pameran yang terasa dibuat ala kadarnya. Sepatutnya sejarah perjuangan Mat Salleh diperlihatkan dengan terperinci. Begitu juga mengenai pakaian baju kebalnya, sepatutnya dibuat replikanya dan bukan sekadar fotokopi.Selain itu, masih banyak yang perlu dipamerkan untuk memberi informasi yang tepat mengenai tokoh itu.

Saya tidak tahu apakah Paduka Mat Salleh akan marah atau bagaimana, bila melihat caranya dikenang oleh generasi kita sekarang?

3 comments:

NONG said...

Cantik ini tugu..
yang di Ranau tu apa ah?

abd naddin said...

Tugu Mat Salleh ni terletak di Kampung Tibabar, tidak berada jauh dari bulatan arah ke pekan Tambunan.
Di Ranau, ada SMK Mat Salleh dan tugu peringatan perang, kalau tak silap. Tapi tugu yang ini di terletak di Tambunan

embog said...

syabas saudara ku...
memang patut kita canangkan kesilapan bangsa kita yang sudah lupa atau buat-buat lupa tentang betapa peritnya perjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu.Mereka rela membiarkan darah mereka tumpah kebumi agar kita semua dapat meenghirup udara segar dengan tenang pada hari ini..