Tuesday, February 17, 2009

Francis dan ular sawanya


Lain padang lain belalang, kata pepatah Melayu. Lain orang, lainlah ragamnya. Jika sebelum ini,ada warga kota yang suka bersiar-siar dengan membawa kucing mereka atau membawa anjing peliharaan mereka, tetapi berlainan pula dengan seorang pesara kerajaan, Francis Chong. Beliau memilih ular sawa ketimbang haiwan peliharaan yang lain.
Francis lebih mesra dengan ular sawa.Kemana-mana beliau pergi, beliau akan membawa ular sawa. Ada juga yang takut atau merasa geli , ada juga yang merasa ngeri dengan kegemarannya tetapi bagi Francis, semuanya biasa saja. Lelaki yang berasal dari kampung Ketiau,Putatan ini telah memelihara ular sawa ini ketika ular ini berusia kira-kira dua minggu. Ular sawa itu ditemui melingkar di bahagian enjin keretanya dan sejak satu setengah tahun yang lalu, beliau memeliharanya dan sering membawanya bersiar-siar. Menurut Francis, setiap minggu beliau memberi satu kilo ayam untuk memberi makan ular sawa tersebut. Ular sawa merupakan salah satu haiwan yang dilindungi oleh Jabatan Hidupan Liar.

No comments: