Friday, February 13, 2009

Gambar di Batu 32, Sandakan




Sitti Mehran Yasmine dan Ahmad Fawzan bergambar ketika bas Tung Ma yang kami naiki berhenti di Batu 32 Sandakan untuk makan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10 jam dari Tawau ke Kota Kinabalu.Tambang RM71.00.Kalau dulu hanya RM50.00. Tambang naik walaupun harga minyak sudah turun. Dulu makan tengahari disediakan tetapi kini tidak lagi.
Ada yang menarik dalam perjalanan kami yang panjang ini. Mehran membawa buku dalam begnya, barangkali kerana melihat bapanya sering membawa buku. Fawzan pula ketika ditanya apa yang diminatinya, katanya dia mahu jadi gemuk macam bapanya.
Saya tidak tahu apa yang dibayangkannya tentang kelebihan bapanya yang gemuk ini.Mengapa dia mahu jadi gemuk seperti saya?
Kerana itu saya berusaha untuk tidak kelihatan gemuk kerana rupanya ia memberi pengaruh yang tidak baik untuk anak saya. "Minum misai kucing," kata seorang rakan memberi petua sebelum saya membuat posting di internet.

No comments: