Isnin, 16 Februari 2009

Kalau kamu suka makan buaya

Tags

"Bapak, apakah nasihatmu kepada kami sebagai pemimpin?" Demikianlah kira-kira pertanyaan seorang pemimpin, Datu Saudi kepada pakciknya, seorang ustaz yang disegani dan dihormati di rantau ini.
"Pertama, Saya nasihatkan padamu supaya memastikan supaya pengikut-pengikutnya bukan dari golongan yang sentiasa `yes man'. Kalau orang-orang di sekelilingmu adalah orang-orang yang `yes man' nescaya kamu tidak akan menjadi pemimpin yang baik.
Kedua, Jaga apa yang kamu makan kerana pemakanan akan mempengaruhi tingkahlakumu.
"Kalau kamu suka makan buaya, maka tingkah lakumu akan seperti buaya" kata sang Ustaz sambil berjenaka.
Perhatikan orang-orang di Timur Tengah yang suka makan kambing, maka nafsu mereka tinggi.Perilaku mereka dipengaruhi oleh apa yang mereka makan.
Bandingkan dengan kita, orang-orang di Asia Tenggara yang suka makan ikan. Kalau sehari kita tidak mandi, kita sudah berasa rimas.Berbanding dengan orang di gurun Afrika sana misalnya, yang seminggu tidak mandipun, tidak apa.
Oleh kerana kita orang di Asia Tenggara, yang suka pula makan kepala ikan, maka perilaku kita tidak ubah seperti ikan.
Yakni kalau ada orang yang menghulurkan umpan, kita akan cepat termakan pancing.
Kalau ada sedikit saja umpan yang dihulurkan, kita akan cepat terpancing sehingga termakan mata pancing.
Maka berlumba-lumbalah orang menghulur umpan supaya kita termakan pancing.
"Kita suka umpan kerana perilaku kita seperti ikan".Katanya.

2 comments

Logik dan betul. Bak kata pepatah yg BlueHope penah dngar, 'we are what we eat'. Kalo pmakanan yg kita ambil berkhasiat, maka sihat lah kita dlm semua aspek (jasmani, emosi, rohani dan intelek).

masa kecil dahulu, terutama di kg, orang tua-tua melarang anak-anak di bawah 10 tahun makan bedal ayam, kepala ikan, "megaus" pangkal tebu, makan otak udang. Alasannya (makan bedal ayam) otak tak berkembang, makan kepala ikan-juga alasanya otak tak berkembang; "mengaus" pangkal tebu, tidak akan pandai berenang, juga makan otak udang, otak tak berkembang. Rupanya petua-petua ini ada relevensainya masa kini, seperti kata anda, jika suka makan kepala ikan,maka cepat mengait umpan. Kalau dalam biologi ikan, ikan sebenarnya tidak mengenal umpan, yang ikan kenal adalah "rupa" makanannya. kalau kebetulan "rupa"makanannya tidak sama seperti yang "diumpan",ikan tidak akan makan. Rupanya, mereka-mereka yang suka makan umpan pada masa kini, adalah tergolong ikan yang"buta". Ikan buta sahaja yang tidak memilih kerana keterhadannya. Kesimpulannya jadilah pemimpin kepada mereka-mereka yang punya keterhadan, supaya jadi pemimpin selamanya.