Saturday, February 21, 2009

Ketika makan soto di kedai jawa di Kun Hin


Lama tak bertemu saudara Juilis Mokujal, seorang penulis Sabah yang terkenal kerana puisi dan esei-eseinya.Cikgu Juilis kini mengajar di SMK Narinang Kota Belud.Kami makan soto di kedai jawa di restoran Kun Hin, di KK. Kemudian datang Ailin Nor, Sahabat yang kini Setiauasaha Agung Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA). Maka berceritalah kami mengenai isu PPSMI dan mengenai Persidangan Persuratan dan Kebudayaan Kebangsaan yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada 6 hingga 8 Mac nanti. Banyak topik yang sempat dikhabar dan dibincangkan sebelum datang Nandra Hitong dari Kota Belud. Nandra baru habis mementaskan teater Menambalang di Keningau tetapi ceritanya pada tengahari itu lebih banyak berkisar mengenai bagaimana beliau mendapat tentangan dalam pertandingan bagi jawatan Pengerusi PIBG SK Kuala Abai Kota Belud. Beliau akhirnya menang juga walaupun terpaksa bersaing sengit bagi jawatan itu. Diskusi berlanjut mengenai dunia guru dan pendidikan dan bermacam lagi sebelum datang, seorang pemuzik jalanan yang menghiburkan dengan irama yang mengasyikan tapi dengan bahasa yang kami tidak fahami. Kerana kami seniman, atau mengaku sebagai seniman, maka kami juga mengapresiasi kehadiran pemuzik itu di meja kami.

2 comments:

Syed Omar said...

Kalau x pandai masak soto, bole ler beli rempah soto kat sini =====>> https://www.facebook.com/SotoSuperLazat?ref=tn_tnmn Mudah,senang,cepat.....

Syed Omar said...

Kalau x pandai masak soto, bole ler beli rempah soto kat sini =====>> https://www.facebook.com/SotoSuperLazat?ref=tn_tnmn Mudah,senang,cepat.....