Monday, February 9, 2009

Laliman Ahmad, budayawan Sabah


Saudara Laliman Haji Ahmad merupakan seorang pengkaji dan peneliti budaya dan sastera khususnya teater yang tidak asing lagi di negeri ini. Beliau telah menghasilkan buku Teater Moden Sabah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia pada 2006. Sebelum itu, beliau juga pernah menulis dan menerbitkan buku sosio politik "Tempasuk Yang Kuimpikan" pada tahun 1998.
Laliman pernah berkhidmat di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Minden Pulau Pinang dalam bidang ilmu kemanusiaan dalam bidang kesusasteraan khususnya teater. Sekembalinya ke Sabah beliau bertugas di Jabatan Keretapi Negeri Sabah sebelum berkhidmat di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Beliau pernah menjadi Penolong Pengarah Unit Penyelidikan dan Pemuliharaan, Bahagian Kebudayaan, Penolong Pengarah 1 Bahagian Akademi Seni Kebangsaan (ASK) sebelum ditempatkan di Kuching Sarawak sebagai Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak dari tahun 1994-1996.
Saudara Laliman juga pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia 1999-2002. Beliau kini Naib Yang Di Pertua Badan Bahasa dan Kebudayaan Iranun (BKI) disamping menjadi Ahli Kehormat Ikatan Penulis Sabah (IPS). Kunjungi blog beliau melalui http://lalimanahmad.blogspot.com yang banyak membicarakan hal-hal berkaitan penulisan, isu-isu budaya dan isu semasa.

2 comments:

Mohd Isa bin Abd Razak said...

Salam.

Terima kasih atas maklumat ini. Saya sudah mengikuti blog tuan dan akan cuba mengimbas catatan lama tuan. Bahasa/budaya sukuan menarik minat saya.

Ada catatan tuan menghidupkan kenang-kenangan saya semasa di Sabah 1971 - 2008.

Wassalam.

abd naddin said...

Terima kasih cikgu.
Saya fikir agak lama juga kita tidak bertemu.Paling akhir, saya kira ialah ketika cikgu membawa pelajar Maktab Keningau untuk bertemu IPS di DBP Sabah pertengahan 90-an dulu. Terima kasih