Sunday, February 22, 2009

Pantun pertama dalam bahasa bajau

"Saging raru tungkul ni pait,
ena' peranak dium baldi'
cukup pintar menteri Sait,
menang diri-diri ni, nia bui ni undi".

Menurut Haji Mastun Haji Abas,68, seorang tokoh pencinta budaya Bajau di Kota Belud, inilah pantun pertama yang dicipta dalam bahasa bajau oleh Haji Shaiddin Mohd.Hashim ketika meraikan kemenangan Tan Sri (Tun Said Keruak) dalam pilihanraya yang diadakan selepas pembentukan Malaysia di rumah Ma' Bandung (OKK Hasbollah) . Sebelum itu, (tahun 1963) tiada pantun yang dicipta dalam bahasa Bajau. Hj Shaiddin lah yang mempelopori penciptaan pantun dalam bahasa bajau kerana sebelum itu, ia pantun hanya dicipta dalam bahasa Melayu. Ramai yang hadir meraikan kemenangan USNO itu apatah lagi diserikan dengan majlis isun-isun atau `ngeet biola'.

Ketika itu, menurut Haji Mastun lagi, Norbaita, pemantun wanita agak lambat menjawab. Sehingga kemudian Haji Shaiddin, berpantun pula dalam bahasa Iranun.
"Amag mapanai sangur sa upis,
babu' maitu aden urusan,
pantun ka dayang, ayau ka gkikis,
sukur bu aden tadem-tademan"

Bagaimanapun, beliau tidak pula mengatakan sama ada pantun ini, yang pertama dalam bahasa Iranun. Saya tidak bertanya kerana yang dipercakapkan oleh Haji Mastun itu, adalah ayah saya sendiri, yang dikatakan oleh Prof.Datuk Dr.Zainal Kling, sebagai local genius itu.

Tahun 1963 dan tahun-tahun selepasnya dipenuhi suasana gembira kerana Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Malaysia setuju bersama membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia. Ketika diadakan pilihanraya, Tun Said Keruak menang tanpa bertanding bagi kawasan Kota Belud.

Keterangan Haji Mastun yang pernah menjadi guru selama 16 tahun, Pegawai Pelajaran selama 3 tahun dan selepas itu, Setiausaha Politik Kementerian Kewangan sabah selama empat tahun, mungkin boleh diambil kira dalam kajian mengenai pantun Bajau. Kebetulan pula, beliau tinggal berjiran dengan ayahanda Kampung Taun Gusi. Saya belum sempat bertanya ayah mengenai kebenaran peristiwa ini kerana bagi saya, biarlah orang lain yang menyatakannya supaya tidak dikatakan masuk bakul angkat sendiri.

5 comments:

mrakunman said...

empat enam tahun berlalu, sukar mencari pemimpin yang menang tanpa di undi, maksudnya tidak ada orang yang maju ke depan untuk melawan. Sejak tahun 1976 ada juga yang menang tidak diundi, tetapi kerana masalah teknikal. Berlawanan dengan keadaan masa kini, pemimpin membeli untuk menjadi pemimpin. Contohnya dalam semua parti yang akitif di Malaysia kini, tanpa wang mustahil jadi pemimpin. Kerana wang merupakan alat pertukaran yang mudah dan cepat, maka sesiapa yang ada wang dan mahu menggunakan wang untuk mendapat kuasa, maka siempunnya wang itu jadi raja, dipuja, disokong, diangkat, diangkut, diusung dan dan. telaah yang lain mugkin berlainan.

nurul jannah said...

boleh tau x tahu mane dapat sumber ni ye?

abd naddin said...

seperti yang diceritakan oleh Haji Mastun Abbas. Beliaulah sumbernya

Remy Xandariah said...

kamu salah..sebab pantun bajau dah lama wujud..terutamanya di selatan filipina...bait2 pantun bajau boleh didengar menerusi lirik2 lagu2 bajau.

abd naddin said...

sdr remy,
dapatkah saudara membezakan antara apa yang kita namakan kalang, dengan apa yang kita namakan pantun?