Tuesday, February 3, 2009

pertemuan dua rakan lama




pertemuan dua rakan lama. Bapa gembira dengan kehadiran Hj Mastun Abas, rakan lamanya dalam bidang penulisan.Mereka memanggil diri mereka masing-masing dengan panggilan sabat, yang menunjukkan kedekatan dan keakraban mereka. Kedua-duanya penulis lama, bapa banyak menghasilkan syair, buku pantundan hikayat malah berpolemik di suratkhabar, Haji Mastun pula menulis cerpen dan tahun lalu, mula aktif semula.
Mereka mungkin adalah antara orang pertama yang melahap karya-karya Hamka, malah kedua-duanya pernah mengiringi buya Hamka ketika melawat Sabah. Gambar ini dirakam di bawah pokok mangga di halaman rumah kami di Kampung Tamau

No comments: