Wednesday, February 11, 2009

Tiga cikgu bertemu


Cikgu yang berdiri memegang kamera video itu ialah abang sulung saya, Cikgu Shaiffuddin. Pertemuan yang tidak disangka ini berlaku di kampung kami, ketika majlis perkahwinan adik lelaki saya tempoh hari. Duduk ditengah ialah Cikgu Ramli Jusoh atau Ramlie AR seorang penulis terkenal yang juga Timbalan Yang Di Pertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah. Di kiri sekali ialah Cikgu Ahmad Haji Rashkin.
Cikgu-cikgu ini sudah bersara atau hampir bersara. Saya tidak tahu topik perbincangan mereka samada ada berkisar isu-isu pendidikan atau isu-isu semasa. Entah sudah berapa ratus anak murid yang mereka lahirkan. Entah berapa ratus pelajar yang pernah mereka ajar di sekolah. Saya teringat sajak Sasterawan Negara Usman Awang, "kalau hari ini seorang peguam, kalau hari ini seorang perdana menteri, semuanya dilahirkan seorang seorang guru biasa.".
Betapa mulianya menjadi seorang guru.

3 comments:

DrSam said...

salam ukhuwah,
memang guru insan yang sungguh mulia dan besar jasanya.

NONG said...

Aik?..Cikgu Ramli Jusoh? aku kenal cikgu ni.Bekas cikgu aku dulu di SMK.Kota Marudu(kalau inda silap).

Betul tu DrSam..
Sesungguhnya guru adalah insan yang sungguh mulia dan besar jasanya kepada kita semua.

windi said...

Sebelum menjadi guru,saya kesian dengan guru2 saya yang seolah2 terkurung d sekolah menjalankan tugas sampai kulit berkedut dan uban memenuhi kepala. Sedangkan semua pelajar yang tamat ting5 atau 6 bertebaran dimuka bumi yang luas ini dengan kerjaya yang lebih glamer dan lumayan.
Selepas saya ditakdirkan juga menjadi guru rupanya dimana kita berada bukanlah ukuran kepuasan yang mutlak tapi murid2 yang berjaya atau paling tidak pun jadi orang baik2, merupakan suatu kepuasan yang tidak terhingga apatah lagi jika mereka masih mengukir senyuman jika terserempak di mana-mana.