Ahad, 22 Februari 2009

Tradisi berpantun masyarakat Bajau dan Iranun

Tags

Tradisi berpantun dalam masyarakat Iranun dan Bajau di Kota Belud cukup mengasyikkan. Gesekan biola yang dimainkan pemantun wanita menjadikan majlis `ngi it biola' hidup. Pantun isun-isun biasanya melibatkan seorang pemantun lelaki atau lebih, manakala lawannya seorang pemantun wanita atau lebih. Lazimnya majlis isun-isun dimainkan sewaktu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran, majlis perkahwinan atau majlis menunaikan nazar dan sebagainya. Ia berlangsung selepas solat Isya' hingga solat Subuh, kadang-kadang dilanjutkan hingga terbit matahari pagi.
Pantun-pantun yang dialunkan pula menyangkut pelbagai topik termasuklah episod percintaan, merajuk, memujuk, meminang, berkahwin dan sebagainya-kesemuanya menurut alur cerita yang ditentukan oleh pemantun-pemantun isun-isun itu tadi.
Sejak kecil saya sering mengikut ayah ke majlis-majlis berpantun. Beliau biasanya diundang untuk berpantun di kampung-kampung sekitar Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan sebagainya. Bakatnya luar biasa kerana biasanya beliau berhadapan dengan tiga atau empat pemantun wanita sekaligus, beliau sentiasa dapat menjawab pantun dengan pantas. Ayah saya, Haji Shaiddin Markasham @ haji Mohd.Hashim pernah menjadi naib johan pertandingan berbalas pantun peringkat Pantai Barat di Dewan Turnball Hall, Sabah College pada tahun 1969 (saya sudah lupa tarikh yang sebenar) berpasangan dengan arwah Haji Rashkin Saum. Mereka hanya kalah tipis kepada pemantun dariKudat, kalau tak silap Tuan Haji Ismail Narudin dan Khairudin? .
Bagaimanapun seni berpantun isun-isun ini berhadapan dengan cabaran yang sengit kerana dikhuatiri akan hilang ditelan zaman selepas generasi tua yang ada kini.Generasi muda, sudah tidak menguasai seni berpantun dan seni menggesek biola ini. Wajar jika ada pihak yang mendokumentasi kesenian ini daripada luput ditelan zaman.

2 comments

menarik juga tradisi dan cara hidup disitu. memang tradisi unik ini perlu diteruskan oleh generasi sekarang agar tidak pupus dan ditelan zaman.

empat enam tahun berlalu, sukar mencari pemimpin yang menang tanpa di undi, maksudnya tidak ada orang yang maju ke depan untuk melawan. Sejak tahun 1976 ada juga yang menang tidak diundi, tetapi kerana masalah teknikal. Berlawanan dengan keadaan masa kini, pemimpin membeli untuk menjadi pemimpin. Contohnya dalam semua parti yang akitif di Malaysia kini, tanpa wang mustahil jadi pemimpin. Kerana wang merupakan alat pertukaran yang mudah dan cepat, maka sesiapa yang ada wang dan mahu menggunakan wang untuk mendapat kuasa, maka siempunnya wang itu jadi raja, dipuja, disokong, diangkat, diangkut, diusung dan dan. telaah yang lain mugkin berlainan.