Khamis, 26 Mac 2009

Catatan pendek mengenai Pena Alam

Tags

Saya terkejut bercampur gembira apabila seorang mantan penyelam skuba menghubungi saya untuk menghantar sajak yang dihasilkan di bawah lautan.Sajak dari bawah lautan? menarik.
Amat menarik. Kerana setakat ini belum ada orang menghasilkan puisi di bawah lautan.
Atau mungkin beliau bercanda kerana kini beliau hanya mantan penyelam skuba.
Namanya Pa al singkatan untuk Pena Alam, yang menurutnya nama pena yang digunakan sejak tingkatan enam. Kami pernah bertemu dalam program Pertemuan Penulis Sabah yang diadakan di Bingkor lebih sepuluh tahun yang lalu.Seingat saya tahun 1995?
Pa al kini bertugas sebagai pegawai kebajikan di Kudat. Kalau tidak silap saya dia bukan orang Kudat, bagaimana Pa al terlontar ke situ, mungkin punya cerita tersendiri. Atau mungkin dia memang berasal dari Utara tetapi saya yang tidak tahu. Jujur saya tidak ingat lagi wajahnya.Tetapi saya fikir beliau seorang penulis yang berbakat dan berpotensi untuk maju.
Apapun, kini beliau kembali menulis semula. Dan telahpun menghantar sajaknya yang pertama untuk disiarkan di Utusan Borneo. Saya begitu menghargainya dan berharap Pena Alam terus menulis.

1 comments so far

abg nad.. pa'al tak pernah melupakan kisah kami 'budak-budak baru belajar' tika bertemu abg di pertemuan penulis di tahun 95 itu. abg nad membakar semangat kami untuk menulis, sesuatu yang lahir dari hati tulus ikhlas. sejak itu, pa'al tak pernah melupakan budi abg. terima kasih kerana masih menyimpan memori yang cuma sepotong itu. pa'al masih seorang penyelam scuba dan ingin menghidangkan semua puisi-puisi dari perut lautan, itupun kalau ada yang sudi ..:) terima kasih abg nad..