Saturday, March 28, 2009

Dont worry, be happy, kata Anthony.

"Don't worry, be happy" Anthony Joon mengingatkan saya sekali lagi dalam pertemuan kami yang kedua. Itulah petua Anthony untuk rahsia panjang umur. Anthony,84, merupakan pesara Jabatan Keretapi yang saya temui secara kebetulan ketika diperkenalkan oleh Robert Foo, awal Februari lalu.
"Dont think too much," katanya lagi. Paling penting jaga kesihatan kerana `health is wealth'. Saya tak dapat menyangkalnya, apatah lagi melihat orang tua ini masih kelihatan cergas dan suka bersenam atau bersiar-siar di ibu kota. Lebih baik berjalan-jalan menghabiskan hari tua, jangan duduk saja di rumah, menghadapi wajah isteri yang marung.Marung-saya hampir lupa istilah bahasa Melayu sabah yang bermakna bermuka masam.Jangan suka bermuka masam.Tersenyumlah, hari depan sentiasa terbuka untuk kita.
Saya kagum dengan beliau, bila menggoreskan beberapa pengalaman dulu, sewaktu baru enam bulan kerja dengan gaji 20 ringgit sebulan, Jepun datang menduduki Sabah. Belanja sebulan tiga ringgit, katanya kerana kopi harganya dua sen. Dobi, cuci kain dan seterika upahnya 50 sen.
Kami mengajaknya duduk minum, tapi beliau enggan kerana katanya sudah minum.

Ketika itu saya sedang menanyakan pengalaman pakcik Laham Kahar, 71, mengenai pengalamannya berunding dengan Abu Sayyaf (bersama Haji Abd.Muar Haji Mulia) di Jolo ketika menyertai rombongan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Datuk Mohd.Shafie Afdal merundingkan pembebasan tebusan warga Malaysia yang ditawan di Pulau Sipadan satu waktu dahulu. Pakcik Laham seorang yang sangat berpengalaman. Beliau pernah bekerja sebagai anggota polis dan pernah menjadi kakitangan penguatkuasa di Majlis Perbandaran Sandakan.

"Dont worry, be happy" Dont think too much, health is wealth," kata Anthony meninggalkan kami.

3 comments:

Pena Alam said...

betul abg nad, kesihatan tak boleh dijual beli...health is wealth, but wealth means nothing when the owner is unhealthy...his wealth can help him purchase all the medications in this world, but still, he cannot buy his health..setuju juga, senyum selalu sangat bagus. senyum adalah rawatan awet muda yang tak mahal untuk semua. its an unexpensive ways to improve our looks kan..:-)

abd naddin said...

Betul tu pa al. Abg suka mengutip serpihan pengalaman orang-orang untuk dikongsikan bersama. Uncle Anthony salah seorang yang patut dijadikan contoh juga kerana dalam lanjut usianya begitu, beliau masih juga dapat berjalan-jalan di sekitar kota menghibur dirinya yang dimamah usia dan sepi. Tetapi health is wealth, be happy dont worry.

windi said...

Ada satu perkataan lagi yang hampir dilupakan tetapi semasa tahun 80 an ianya memang perkataan yang biasa digunakan iaitu 'Pajal' bermaksud paksa. Bapa saya tersebut perkataan itu semasa kami sedang berkumpul2 di ruang tamu. Rindu pula zaman 80 an..