Sabtu, 7 Mac 2009

Hanya Ali boleh mengarah Sultan senyum

Tags

Rakan saya yang seorang ini, memang luar biasa. Hanya dia sahaja (dan mungkin orang-orang sejenisnya) yang boleh mengeluarkan arahan kepada Sultan. Orang biasa tidak dibenarkan berbuat begitu kerana kita akan dianggap menderhaka dan tidak tahu adab susila. Tapi Ali Hassan Omar boleh mengarah Sultan. Luar biasa.
Kata Ali, beliau banyak kali mengarahkan Sultan atau raja untuk tersenyum di depan kamera. Bukan itu saja, beliau pernah mengarah Ketua Menteri, Perdana Menteri, menteri-menteri untuk tersenyum, berpusing atau duduk dengan betul.

Kerana Ali Hassan seorang jurugambar.Beliau kini berusia 66 tahun merupakan bekas pelajar Sabah College. Selepas berkhidmat beberapa bulan di Hospital Queen Elizabeth, Ali menukar kerjanya sebagai jurufoto di Jabatan Penerangan Malaysia selama 32 tahun.Jawatan terakhirnya sebelum bersara ialah Ketua Unit Fotografi, Jabatan Penerangan.

Beliau dikenal sebagai Dark Room Man. Sebagai seorang jurugambar berpengalaman, beliau pernah dihantar berkursus di Jepun pada tahun 1970 di bawah Rancangan Colombo.
Sebenarnya banyak pengalaman yang diceritakan oleh Ali. Beliau pernah diajak oleh seorang wanita untuk membuat liputan di lapangan terbang. Di tengah perjalanan, beliau dibawa singgah ke satu tempat, sebenarnya beliau dipaksa untuk mengambil gambar suami si wanita tadi yang didapati sedang berasmara dengan seorang wanita lain. Lucu sekali ceritanya.

Ada satu pengalaman lagi, waktu beliau mengambil gambar di Tenom, awal tahun 70-an dulu.Beliau hampir ditetak dengan parang kerana waktu itu orang-orang disana menganggap negatif gambar itu sebagai hantu kerana tidak nampak wajahnya. Dan menurut kepercayaan orang disana ketika itu, tidak boleh menggambar orang kerana ia boleh membawa penyakit? , kata Ali. Kami tak henti-henti tertawa kerana banyak cerita Ali yang melucukan.

"Saya saja yang pernah perintah Sultan supaya tersenyum ketika mengambil gambar mereka", katanya. Nasib baik saya tidak dianggap menderhaka, katanya.

1 comments so far

Salam.

Tajuknya menarik. Isinya pun menarik. Jikalau kisah lengkap Ali tersiar di akhbar tempatan, elok masukkan dalam blog tuan.

Wassalam.