Selasa, 10 Mac 2009

Mabul yang suka menyanyi

Tags





Ramai yang meminta saya menulis tentang Mabul. Saya tidak pasti apa yang akan saya tulis mengenainya kerana beliau telah membuktikan kegigihan dan keberanian dalam menggeluti dunia sastera. Seingat saya, beliau mula menulis awal 90-an lagi.Awalnya menulis puisi kemudian menulis cerpen dan kemudian menulis esei budaya. Karyanya pernah tersira di Dewan sastera, manakala esei budaya pernah tersiar di Majalah Dewan Budaya mengenai suki, dan tradisi paginakan manakala dalam majalah etnik, beliau menulis mengenai peranan bambu dalam masyarakat Iranun.Beliau pernah membentangkan kertas kerja mengenai pantun dan baru-baru ini, beliau membentangkan kertas kerja mengenai bayuk dan darangen dalam Persidangan Persuratan dan Kebudayaan Kebangsaan. Beliau suka menyanyi, walaupun bukanlah pandai sangat menyanyi, tetapi beliau pernah menyanyi depan TYT. Beliau pandai bermain gitar, dan meniup seruling tetapi saya fikir yang membuat Mabul dikenali adalah keberaniannya membuat percubaan. Beliau bersama Sean Conklin pernah menulis kertas kerja dan dibentangkan dalam persidangan bahasa Austronesia. Bakat seninya, barangkali mengalir daripada darah seni yang dimiliki ayahanda Haji Shaiddin Mohd.Hashim.
Gambar-gambar Mabul ini dirakamkan ketika beliau mengambil bahagian dalam teater muzikal dundangan kasih yang turut disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri, Tun Haji Amadshah Abdullah.









2 comments

abg nad, saspen la..ingat abg nad tulis ttg pulau mabul.. :-) anyway, interesting person, semenarik namanya, lebih menarik, artikelnya :-) cheers

pa'al..

abg nad..saspen pla..ingatkan abg tulis ttg pulau mabul.anyway, interesting person, semenarik namanya..cheers:-)