Thursday, March 26, 2009

Sabah miliki ramai penulis?

Sambil minum dan makan goreng pisang di restoran Kak Tini, kami berbincang-bincang mengenai sastera. JM atau Jasni Matlani menyatakan bahawa Sabah memang mempunyai ramai penulis yang boleh bersaing dalam arus perdana. Ann Aishah, Noraini Osman, Ramlee Awang Mursid, Emin Madi, Nuraini Abdullah, Ruhaini Matdarin, Jessy Mojuru, dan ramai lagi penulis novel popular.
Sabah memang memiliki ramai penulis tetapi jarang diperkatakan di peringkat nasional. Jarang diperkatakan mungkin kerana kurang dikenali.Tapi bagaimana ia dikenali kalau tidak diperkatakan?

3 comments:

Az said...

Tepat sekali! :)


Soalannya bagaimana? Mungkin, saya boleh beri cadangan. Bagaimana kalau kita galakkan mereka memberanikan diri menyertai pelbagai pertandingan penulisan di peringkat kebangsaan? Sbb, belum cuba, belum tahu kan :)

Kita hanya perlu beri sedikit petua penulisan dan apa yg biasa dicari oleh pihak penganjur dlm satu2 karya utk membolehkan karya mereka diangkat sebagai pemenang..

Hasyuda Abadi said...

Dalam kasus ini, perlu diorganisasi agar dibuat dengan mengenalpasti penulis-penulis yang dimaksudkan, mendapatkan karyanya, mengenali penulis berkaitan dan seterusnya melakukan sesuatu terhadap karya mereka. Usul ini saya fikir perlu dilakukan oleh badan sastera selain institusi pengajian tinggi dan badan penulis. Di Sabah saya fikir BAHASA atau IPS amat relevan namun DBP lebih berotoriti sebagai sebuah organisasi berwibawa malah komitmennya dalam pembangunan penulis dan karya sastera. Hal ini saya ingat boleh diperkatakan agar memberi kebaikan kepada dunia persuratan kita di Sabah dan negara amnya.

pie said...

Ramlee Awang Murshid saya rasakan penulis hebat. Tidak pernah saya tidak membaca novel Ramlee Awang Murshid kecuali Igauan Maut dan Mikhail yang terbaru. Satu kelainan dalam dunia penulisan.