Saturday, April 18, 2009

Bertanya khabar orang-orang teater di Sabah



Berbicara mengenai dunia teater di negeri ini, tidak akan terasa lengkap jika tidak menyebut nama-nama tokoh dalam gambar ini. Nandrayanatirow (kiri sekali) merupakan tenaga yang berpengaruh dalam menggerakkan Tenaga Ke5, Artis Remaja Utara (Arena) dan kini Anak Teater Keningau (ATK). Bang Osman Nasroh yang cukup terkenal dengan Ajong dan pernah diangkat sebagai tokoh teater negeri Sabah. Haji Ismaily Bongsu (tengah) , ng paling penting dalam menggerakkan seni termasuk teater di negeri satu ketika dahulu.Dimana beliau sekarang? Selepas aktif berpolitik, mungkin kini tidak ada waktu lagi untuk berteater.Tetapi beliau mempunyai generasi penerus,Tasia Arlina. Abd.Karim Gulam, penggerak teater dari Tenom dan Awang Karim Kadir, penulis dan tokoh teater dari wilayah Utara Kudat.
Mereka inilah yang mewarnai dunia teater di Sabah sejak beberapa dasawarsa yang lalu. Tetapi dimana mereka sekarang? Ada anak-anak teater yang bertanya.
Kalau tak silap, nandra sedang berada di Keningau untuk satu pementasan.Bang Osman sedang berkira-kira untuk mementaskan satu teater besar, begitu juga Abd.Karim yang banyak terlibat dalam produksi DBP. Awang Karim kemana dia? lama tak jumpa.

2 comments:

aranam said...

Ketika melihat entri ini, satu yang terlintas di fikiran saya,

"Alamak, nanti gambar aku pula masuk sini!"

Oh! sungguh perasantan rupanya orang bergelar aranam ini ya... :)

***Kerisauan saya berasas kerana saya tahu gambar saya ada dalam simpanan Saudara.

abd naddin said...

komen yang menambah rasa penasaran saya. Aranam, semakin suspen sebuah cerita, semakin menarik.Pasti ada hikmahnya kerana saya akan menyelongkar segala gambar-gambar.Malangnya sistem penyimpanan gambar saya agak lintang pukang ketika ini. Tapi aranam, saya pasti akan menemuinya.Salam