Rabu, 15 April 2009

Catatan kecil mengenai Shahrir

Tags

Harga minyak sudah turun tetapi harga barang belum turun-turun lagi.Itulah rungutan orang-orang kampung di daerah kami. Ekonomi global makin gawat dan makin ramai pekerja terpaksa dihentikan kerana kegawatan ekonomi.
Harga minyak sudah turun tetapi harga barang belum turun-turun lagi.
Saya pernah bertanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad (kini beliau tidak lagi menjadi menteri) mengenai apakah sebabnya kerajaan tidak mengawal kenaikan harga barang.
Jawapan Shahrir agar berterus terang dan praktikal.Beliau menjelaskan mengenai keadaan ekonomi dan sebab musabab mengapa kerajaan tidak boleh menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal kenaikan harga barang.
Antara banyak menteri, Menteri yang paling saya suka dan minati ialah Datuk Shahrir iaitu sejak beliau menjadi Menteri pada tahun 80-an dahulu hingga beliau tidak menjadi menteri, kemudian menjadi menteri dan kini tidak lagi menjadi menteri. Beliau seorang yang berpegang teguh pada prinsip dan integriti. Saya hormat beliau.
Malah sama ada sebelum atau ketika menjadi menteri, beliau tetap menjawab sms-sms yang saya kirimkan padanya. Saya rasa berterima kasih kerana beliau menjawab sms saya walaupun beliau tidak begitu mengenali saya. Beberapa bulan yang lalu, kami sempat bersembang panjang mengenai harga barang di Hotel Le Meridien. Beliau seorang yang cukup responsif.
Saya antara orang kecewa apabila beliau tidak terpilih dalam barisan AMT UMNO yang baru. Dan sebagai orang yang kuat berpegang pada prinsip, beliau mengundur diri.Satu tindakan yang terpuji.
Sanggupkah kita mencontohi Shahrir?

8 comments

AGAK KECIL JUMLAH YANG SANGGUP KERANA KUASA DAN KEDUDUKAN....JANGAN KALAH BERTANDING DALAM AMT YANG TERHERAT KE MAHKAMAH DAN DI DAPATI BERSALAH PUN X MAHU BERUNDUR... FIKIR FIKIRKAN RENUNG RENUNGKAN

salam. saya ada ambik gambar g.kinabalu di entri abg dl, minta maaf lambat kasi maklum :)

Tak apa.Terima kasih. It's ok. Tapi saya tertarik dengan novel-novel yang baru dibaca itu. Novel Hamka,banyak kali membacanya. Buku lain yang mungkin boleh dibaca ialah buku karya Habiburrahman Al-Shirazy dan novel Andrea Hirata.sangat menarik.

Andre Hirata... pertama kali mendengar nama penulis ni.. terima kasih atas maklumat, banyak lagi yang saya kurang tahu dlm bidang buku-buku ni.. kena belajar dari orang lama :) Habiburahman El-Shirazy, saya baca tulisan beliau.. tulisannya baik tapi saya kurang berminat dengan watak utama yang di angkat terlalu 'hebat keindonesian'..ya,mungkin itu perjuangan memartabatkan bangsanya :)

Saya fikir, Habiburahman el-shirazy dan Andrea Hirata, adalah dua penulis Indonesia yang perlu diberi perhatian dan dibaca tulisannya. Ada tiga buku Andrea telah saya baca, yang pertama Laskar pelangi yang telah diangkat ke filem, sang pemimpi dan edensor.Maryamah Karpov, novel keempat belum ada terjual di Kota Kinabalu. Ia mengisahkan 10 anak pulau belitung yang berjuang untuk mendapatkan pendidikan. Bahasanya bagus, juga caranya bercerita.Bagus dibaca. Habiburrahman juga, selain Ayat-Ayat Cinta, ada bukunya yang lain yang tidak kalah bagusnya. Saya sudah membaca beberapa novelnya, dan dia saya rasa layak dapat gelar Hamka kecil.

saya baru habis meneladeni filem laskar pelangi. saya tonton filemnya sebelum membaca novelnya... tidak seperti ayat-ayat cinta,saya baca bukunya sebelum di filemkan.. bagi saya, mesej yang hendak di sampaikan dan cara penyampaian yang agak baik.. mungkin saya kena baca buku laskar pelangi baru boleh membuat penilaian penuh untuk filemnya.. untuk filem ayat-ayat cinta, saya rasa cerita dalam filem dengan buku banyak bezanya, dan saya tidak setuju untuk babak-babak bersentuhan... bagi saya, bagus lagi baca buku dari tingu filem :)
abg, bulan 5 nnt saya cuti sem jadi i'Allah akan balik sabah jadi kalau ada program-prgoram bahasa ajaklah saya sekali :)

saya baru habis meneladeni filem laskar pelangi. saya tonton filemnya sebelum membaca novelnya... tidak seperti ayat-ayat cinta,saya baca bukunya sebelum di filemkan.. bagi saya, mesej yang hendak di sampaikan dan cara penyampaian yang agak baik.. mungkin saya kena baca buku laskar pelangi baru boleh membuat penilaian penuh untuk filemnya.. untuk filem ayat-ayat cinta, saya rasa cerita dalam filem dengan buku banyak bezanya, dan saya tidak setuju untuk babak-babak bersentuhan... bagi saya, bagus lagi baca buku dari tingu filem :)
abg, bulan 5 nnt saya cuti sem jadi i'Allah akan balik sabah jadi kalau ada program-prgoram bahasa ajaklah saya sekali :)

sebaliknya saya hanya sempat membaca buku laskar pelangi. Padahal ketika ke Taman Ismail Marzuki (TIM)Jakarta tahun lalu, filemnya baru saja ditayangkan tetapi sepanjang masa tayangan, tempat duduk sentiasa penuh.Buku biasanya lebih bagus darpada filem.