Ahad, 5 April 2009

Catatan mengenai Dulamid Rudin

Tags


Puisi yang baik akan terasa kekuatannya jika dibaca oleh seseorang seperti Dulamid KK Rudin. Anak Kota Belud ini pernah melakar namanya apabila menjadi johan Sayembara Deklamasi Puisi sempena Hari Kemerdekaan. Perlu diakui bahawa Dulamid memang seorang pendeklamasi puisi yang sukar ditandingi. Segala ramuan untuk pendeklamator yang hebat ada pada diri seorang Dulamid. Cuma kadang-kadang saya kecewa jika beliau muncul di pentas tanpa persiapan yang mencukupi atau mendeklamasi puisi ala kadarnya.
Namun tidak syak lagi, Dulamid mampu menjadi pendeklamator yang hebat dan sayang sekali jika bakat yang ada padanya tidak digunakan atau dimanfaatkan untuk membimbing bakal pendeklamator kita?

2 comments

Sdra Dulamid Rudin adalah seorang pendeklamator yang hebat. Saya harap kehebatan tersebut terus dipertahankan.

Kita berharapcikgu Dulamid dapat membimbing lebih ramai lagi bakal deklamator di negeri ini.