Jumaat, 10 April 2009

Gadis hilang ketika menjemur kain

Tags


GADIS HILANG KETIKA MENJEMUR KAIN
KOTA KINABALU: Seorang pelajar tingkatan tiga SMK Pekan Telipok, Nursyazirah Asran, 15 dilaporkan hilang pada Khamis selepas keluar menjemur kain di rumahnya di Kampung Baru Telipok.
Nursyazirah atau panggilan mesranya, Kiki biasanya bangun pada waktu subuh untuk mencuci dan menjemur kain.
"Tetapi pada hari itu ketika keluar pada kira-kira jam 5.15 pagi, Kiki tidak pulang-pulang lagi," kata bapa saudaranya, Sam Sanan kepada Utusan Borneo kelmarin.
"Kami sekeluarga sangat sayangkan Kiki. Kami merayu supaya dia pulang semula ke rumah," katanya.
Nursyazirah merupakan anak kedua daripada enam adik beradik dan menuntut dalam tingkatan 3 sesi petang di SMK Pekan Telipok.
" Kiki merupakan anak yang yang baik dan rajin. Kami berharap semoga dia berada dalam keadaan selamat," katanya.
Sementara itu, bapa Nursyazirah, Asran Nanang, 52 tahun, telah membuat laporan polis di Balai Polis Telipok jam 11.20 hari Khamis lepas.
"Ketika bangun pagi, saya mendapati anak saya tiada dalam biliknya. Puas saya mencarinya tetapi dia gagal dijumpai," kata Asran.
Beliau juga memohon bantuan orang ramai untuk mengesan gadis tersebut. Mereka yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi Balai Polis berdekatan atau menelefon 019-8933523 (Sam), )013-8871992 (Asran Nanang) dan 0138593472 (Melati Sanan)

4 comments

Salam.

Kiki, pulanglah...

Pastilah sekarang ini keadaan keluarganya serba gundah. Semoga Kiki segera kembali ke pangkuan keluarga.

sayangnya ...! Begitu cantik, begitu lembut air mukanya... :(

Kami dimaklumkan gadis ini sudah ditemui dan pulang dengan selamatnya.