Rabu, 29 April 2009

Idola saya sewaktu kecil

Tags


Saya tidak akan dapat melupakan jasa cikgu Ismail Abu Bakar (kiri sekali, memakai batik) Cikgu saya sewaktu berada dalam tingkatan 1-3 di SMK Taun Gusi Kota Belud sekitar tahun 1981-1983. Beliaulah idola saya ketika kecil. Cikgu Ismail mengajar kami matapelajaran Sains Paduan ketika di sekolah dulu. Saya lihat beliau tidak pernah marah.kalau marahpun, dia akan mencubit kami di pinggang, sakit sekali.
Cikgu Ismail merupakan cikgu yang serba boleh.Jaguh bermain sepak takraw, badminton, bola sepak, bola keranjang dan banyak lagi. Saya ingat kasutnya yang lain daripada yang lain itu. Beliau kini merupakan guru kaunseling di SMK Pinggan-Pinggan kalau tak silap. Beliau pernah menjadi guru besar SK Senaja, SK Malubang, Pegawai Pendidikan Pitas dan sebagainya. Saya lama tidak bertemu dengan beliau. Gambar ini pun dirakamkan oleh sahabat saya A.Jalil Madarin.
Selain cikgu Ismail, saya amat rapat dengan Cikgu Lokman Samak, Ustaz Talha (cikgu sejarah kami) cikgu Suhaindo Rambayau (juga salah seorang idola saya malah pernah tinggal di flat guru selama dua tahun dengan beliau). Saya juga banyak belajar Ustaz Nik Mat Nik Ibrahim, Ustaz Hussin Hamzah, Cikgu Mustafar Abd.Majid, Abd.Rahman Pulah, Ckgu Rahim, Cikgu Jeniar Subeh (cikgu BM yang tak menyangka saya boleh menjadi penulis )yang sangat berjasa kepada saya, sungguhpun saya tidaklah menjadi seperti yang mereka yang impikan, tetapi saya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang wartawan. Terima Kasih Cikgu. Ramai lagi cikgu saya, cikgu Suhani Markom, Cikgu Masni Jubil (yang juga sepupu saya) dan ramai juga cikgu-cikgu saya yang saya tak sempat sebutkan di sini. Saya ingin menulis tentang mereka. Pengetua kami cikgu Mansur Daud, Cikgu Deraman Sallun, Haji Zakaria Said. Ramai di antara cikgu-cikgu saya telah balik ke semenanjung. Cikgu Azhari (guru sejarah), cikgu Ripin Soud, yang kesemuanya membangkitkan minat saya untuk sentiasa belajar memperbaiki diri.
Sebenarnya kami adalah pelajar angkatan pertama yang menduduki bangku sekolah di Timbuk, iaitu SMK Taun Gusi Sekarang ini pada tahun 1982.Kami bersekolah di sana hingga SPM 1985.
Saya juga ingin menulis mengenai sekolah lama. Ingat pula sajak Baha Zain dalam Bahasa Alam.
Banyak kenangan di sekolah. Banyak kenangan yang jadi ingatan. Terima Kasih cikgu

1 comments so far

abg. nad..

orang kata salah satu kejayaan guru termasuklah apabila murid-muridnya masih mengingati mereka,cukuplah kalau mengingati walau hanya pada nama mereka. murid yang baik pula yang tak pernah lupakan jasa cikgu, murid yang sangat baik juga kata orang adalah murid yang boleh mengingati nama-nama penuh cikgu walaupun sudah bertahunan berlalu zaman persekolahan itu. moga semua cikgu-cikgu di dunia tak akan pernah jemu memberi ilmu dan kasih sayang melalui pendidikan..god bless u all teachers!