Jumaat, 10 April 2009

Kereta pikap di kampung kami

Tags


Sebenarnya setiap kali balik kampung di Kota Belud, saya suka sekali naik kenderaan `pikap' ini. Satu ketika dahulu, inilah pengangkutan utama yang paling popular. Hanya di daerah kami sahaja, `pikap' diberi permit untuk mengangkut penumpang. Tetapi kini, seiring dengan perkembangan zaman, penggunaan kereta `pikap' semakin berkurangan. Pikap digunakan sebagai kenderaan utama mengangkut pelajar sekolah, selain kenderaan utama untuk ke pekan Kota Belud.
Dalam pikap inilah tempat bertegur sapa, bertemu muka dengan jiran sekampung dalam perjalanan yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke pekan.
Kini makin ramai memiliki kereta sendiri.Makin jarang pula orang naik pikap dan kemesraan penduduk tidak lagi seperti dulu.
Tetapi begitulah perubahan.Perubahan yang mengajak kita supaya sentiasa peka kepada perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling kita.

2 comments

macam comel je pickup ni, abdnaddin :)

di daerah inikah yang selalu diadakan reggata lepa tu?

abg nad,

di utara ini, orang-orang kampung di sini juga menggunakan pikap sebagai alat pengangkutan, terutamanya orang-orang kampung yang tiada kenderaan sendiri. pikap masih lagi popular di sini, abang drebarnya pun muda-muda belaka. nampaklah kita, satu kampung turun pekan, terutamanya kalau tamu hari selasa. destinasi mereka selain tamu adalah hospital atau pejabat-pejabat kerajaan lain, dan sebagainya. di sini ia di panggil 'kereta kampung'. yang menarik, abang drebar dan penumpang yang ramai akan selalunya bertemu dengan mudah, waktu ingin pulang. abang drebar itu pula, ada banyak sabar melayan karenah penumpang yang selalunya orang-orang tua belaka :-)