Khamis, 30 April 2009

Masidar dari Koromoko

Tags


Masidar datang dari Kampung Koromoko. Kampung yang tereletak di daerah perbukitan di Kota Marudu.
"Kami sekali lagi merayu kerajaan supaya memberi perhatian terhadap permohonan tanah kami," katanya.
"Kami telah memohon tanah itu sejak tahun 1970an lagi tetapi sehingga kini, kami belum menerima sebarang kelulusan," kata Masidar.
Katanya, penduduk kampung Koromoko masih mengharapkan penyelesaian ke atas tanah mereka yang kini diduduki oleh sebuah syarikat besar yang menyebabkan penduduk kampung kehilangan tanah mereka.
"Kami selalu kena gertak. Tapi kami tidak akan berganjak.Kami mahu hak kami sebagai bumiputera dan sebagai pemohon yang lebih dulu memohon tanah itu," katanya.
Beliau berkata, penduduk mengalami masalah kekurangan tanah dan kini kehilangan mata pencarian kerana tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti bertani.
"Saya menggagahkan diri datang kemari," katanya.
"Saya harap tuan boleh bantu," katanya lagi. Apa lah yang saya dapat bantu beliau. Saya kasihan kerana setiap kali ke KK, beliau terpaksa membelanjakan kira-kira RM 70 .
Tambang dari kampung ke Kota Marudu enam ringgit.
Tambang dari Kota Marudu ke KK, 28 ringgit. Pulang balik sudah berapa? Tetapi saya terpaksa buat begini demi hidup kami, demi masa depan kami.

Beliau mendakwa penduduk kampung telah membuat permohonan lebih awal daripada syarikat terbabit tetapi permohonan mereka lewat diproses.
"Saya sebenarnya kehairanan, bagaimana tanah berkenaan diberikan kepada syarikat tanpa pengetahuan dan perbincangan penduduk kampung.
"Kami berazam untuk mempertahankan tanah warisan kami. Oleh sebab itu, kami menggesa kerajaan agar mencari jalan penyelesaian demi kepentingan rakyat yang merupakan penduduk bumiputera di negeri ini," katanya

1 comments so far

Salam bang.
Isu tanah warisan ni memang saya rasakan wajar diketengahkan. Saya pernah menonton video dokumentari pendek yang lebih kurang sahaja ceritanya dengan apa yang abang ceritakan dalam entri kali ni. Mungkin abang boleh cari DVD short documentary "Rainforest". Ini kisah dari Sarawak...