Friday, April 17, 2009

Mencari kosakata untuk menterjemah 5S

Saya mengalami kesukaran untuk mencari padanan kosakata yang sesuai dalam bahasa Bajau dan Iranun untuk menterjemahkan amalan 5S persekitaran berkualiti.
Saya sukar menterjemahkan perkataan shitsuke atau disiplin dalam bahasa Bajau dan Iranun umpamanya. Seiketsu atau standard. Perkataan Seiri atau pilih dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan dalam bahasa bajau sebagai `mini'. Seiton atau susun boleh diterjemahkan dengan susun.
Amalan 5S ini saya nampak terpampang di papan kenyataan ketika mengunjungi SIRIM Cawangan Sabah kelmarin.Mehteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr.MaximusOngkili datang terlambat. Beliau sepatutnya datang jam 2.00 hanya datang jam 4.00 petang kerana sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan.

Saya mengambil peluang untuk membaca segala apa yang dapat dibaca.Menanyakan rakan-rakan mengenai amalan 5S dalam bahasa ibunda mereka. Saya bertanya Fredoline, rakan berbahasa dusun Tatana apa makna 5S dalam bahasa mereka, juga Ghazali, dari suku banjar, juga Johari Saiman orang Bajau plus sinokadazan.

Mari kita terjemah amalan 5S dalam bahasa ibunda kita.

Amalan 5S untuk persekitaran berkualiti

Seiri-pilih
pilih bahan-bahan yang dikehendaki, buang yang tidak perlu

seiton-susun
susun dengan teratur bahan-bahan yang perlu

Seiso-bersih
bersihkan tempat kerja

seiketso-standard
pastikan kebersihan peralatan tersusun setiap masa

shitsuke-disiplin
patuhi peraturan penjagaan kebersihan dan etika

5 comments:

Pena Alam said...

abg nad,

di sini, di tempat kerja kami, amalan 5S menjadi salah satu aktiviti peningkatan kualiti tempat kerja yg sangat penting. Memang kesannya amat ketara, sampai di rumah,kalau amalan ini dibuat, stor tempat simpan barang pun boleh jadi kemas dan rapi, senang cari barang, hehehe...tapi, kami selalu buat lawak, kalau dah penat dengan 5S..kata-kata jepun tu kami terjemah ke bahasa melayu..jadi semak, sepah, serabut, sembunyi, sisip..and the list go on...hehehe..

abd naddin said...

semak, sepah, serabut, sisip, mengingatkan abang meja kerja abang. Kalau tak semak ni, tak ada idea, pernah seorang kawan bertanya. Sembunyi, prinsip penting dalam kerjaya kewartawanan iaitu setiap wartawan sepatutnya menyembunyikan sumber (jika diminta berbuat demikian ) dan menjaga kerahsiaan sumber beritanya.

Pena Alam said...

abg nad,

saya panggil tu..an organised mess..sama macam meja saya juga..hehehe :-)

tHe bLaCk aNd WhiTE said...

hi,
sebenarnya amalan 5s bukanlah perkara baru... tanpa kita sedari, kita telah pun amalkannya di rumah, di pejabat, di kereta dll dari dulu-dulu lagi.. Cuma amalan 5s ini dijadikan satu aktiviti sehinggakan ianya diberi pengiktirafan oleh agensi terpilih.
cadangan untuk menterjemahkan ke bahasa ibunda masing2 merupakan 1 idea yang bagus.. supaya inai2, amai2, odu2, aki2, beliau2, yang toh2,anak2, di kampung pun tau apa tu amalan 5s...hehehehe

Hasyuda Abadi said...

SPR Sabah juga dalam proses penjenamaan 5S dalam pentadbiran, amalan bekerja staf dan persekitaran yang selesa. Amalan ini juga menyangkutkan keseragaman serta disiplin yang tinggi untuk mengekalkan keseragaman yang sentiasa menjadi amalan staf terutama dalam memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan. Peringkat awal agak rumit juga, kini dalam proses akhir sebelum menerima pensijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).