Jumaat, 10 April 2009

Mencari lokan terjumpa syiling berusia 275 tahun

Tags











Pagi ini saya dikejutkan oleh cerita ipar saya, Elias. Beberapa hari yang lalu katanya, beliau bersama rakan-rakannya keluar mencari lokan di sebatang sungai.Sebutlah namanya sungai X. Ketika mencari lokan itu, alangkah terperanjatnya dia apabila menemui syiling satu sen dan setengah sen. Dia memberitahu saya mengenai apa yang harus dilakukan dengan duit syiling itu.Saya cuba menghubungi bang Mail (Ismail Mansor), tetapi beliau sedang berada di Colombo.

Saya fikir, nilai sejarah yang ada dalam duit-duit syiling itu amat tinggi nilainya. Paling antik ialah duit syiling VOC bertarikh 1734 yang berusia 275 tahun. Juga duit syiling Straits Settlement berlambang Queen Victoria bernilai satu sen bertarikh 1874 .Entah berapa nilainya sekarang. Juga syiling bertarikh 1857 Nederland Indie bertulis jawi. Ada lagi syiling Rajah Brooke satu sen bertarikh 1889 berusia 120 tahun manakala syiling setengah sen berlambang Rajah Brooke bertarikh 1870 dan syiling Nederland Indie bertarikh 1826.
Sebelum ini lLias bersama Haji Maarof dan Tim juga menemui pinggan mangkuk pecah. Saya fikir ini satu cabaran kepada para arkeologis. Pihak Muzium Sabah juga saya kira perlu menjalankan kerja-kerja mencari artifak-artifak lama kerana dipercayai ratusan tahun yang lalu, tempat itu menjadi laluan kapal-kapal dagang.
Selain sungai yang buat sementara waktu ini, biarlah saya rahsiakan lokasinya, satu tempat lagi yang perlu dipelihara dan dijadikan tapak kajian ialah tapak perang Syarif Usman di Kota Marudu. Dari sana, syarif Usman melancarkan serangan menyerang kapal-kapal asing yang menceroboh perairan mereka malah pernah sampai ke Kuching untuk membantu Pengiran Muda Hasyim menyerang Brooke.
Sesungguhnya penemuan Lias, Tim dan Haji Maarof yang menemui bahan-bahan yang berharga itu patut menjadi satu titik tolak untuk menggali khazanah sejarah yang terdapat di sungai x itu.
Saya menasihatkan Lias supaya menyimpan baik-baik duit syiling itu kerana ia merupakan satu penemuan sejarah yang berharga.Jika ada pertanyaan selanjutnya boleh hubungi emel abdnaddin@yahoo.com

6 comments

penemuan signifikan yang tidak disangka-sangka. Bahan sejarah memang bernilai.

Ngam ko x kasi tau lokasi tu tmpt master,nti berebut dorang p cri tu klu ko bgi tau.

mesti dalam sungai tu ada lagi artifak sejarah lain..? mana tau kan..

aku ada duit syiling VOC macam dekat atas tu tahun 1790. tapi tak teragak agak nak jual. tp kepada sesiapa yg berminat utk membeli duit syiling tersebut emel aku ke bilal_rockerz@yahoo.com.my

aku ada duit syiling VOC tahun 1970 mcm dekat ats tu. tp tak teragak agak nak jual. tp kepada sesiapa berminat emel aku ke bilal_rockerz@yahoo.com.my