Sunday, April 26, 2009

menguping komen pelancong

Pelancong itu entah dari negeri mana? Wajahnya kelihatan seperti orang skandinavia tetapi bicaranya seperti orang Amerika.
Namanya Sarah. Dia menyatakan dia suka sekali negeri ini. Negeri kami.
"Kalau suka di sini, carilah orang sini?" tanya orang di sebelahnya. Orang kita, rasanya. Suaranya kuat,menyebabkan konsentrasi saya terganggu.
"Carilah teman di sini?" kata orang itu lagi.
Dia hanya tertawa. Katanya dia sudah kahwin.
Apa yang anda suka?
Kehijauan. Saya suka hutan. Saya suka menyelam.Saya suka berenang.Saya suka melihat orang Utan.Saya suka melihat kunang-kunang.Saya suka melihat buaya. Aduh banyaknya. Suka melihat buaya?
Sabah memiliki banyak destinasi pelancongan yang menarik.
"Tapi Cuaca di sini panas" ,katanya.
Katanya dia sudah boleh berbahasa Melayu walaupun sedikit.Sarah kelihatan gembira dan bangga.
"selamat datang-welcome,"
"terima kasih-thank you".
"Makan-eat
"sudah-finish"
"Berhenti-stop"

1 comment:

Pena Alam said...

cakap tentang keindahan negeri sabah, pa'al ingat kata2 seorang penceramah dr Intan sewaktu kursus protokol pengurusan dan pengacaraan majlis tahun lepas, menurut beliau..integrasi kaum paling berjaya adalah di sabah n swak! dia kata 'integrasi kaum di sini 1st class' wah..hebat org2 borneo..:-) itulah dia ..keindahan budi, kan?