Sunday, April 5, 2009

Siapa yang sedang meniup seruling


Siapa yang sedang meniup seruling?
Ketika bersiap-siap ke pejabat pagi ini, saya terdengar bunyi seruling.Siapakah yang meniupnya? Begitu syahdu sekali. Sudah lama tidak mendengar bunyi seruling dan pagi ini,pabila membuka pintu, saya terlihat saudara Rushkan Padih sedang meniup seruling di hadapan kedai kecilnya.

"Kalau musim kerinduan datang, saya meniup seruling," katanya.
Kalau kerinduan datang-kerinduan yang mana agaknya, kerinduan kepada masa silam? atau kerinduan kepada alat muzik tradisi yang makin menghilang itu?

Saya kira,Rushkan memang seorang peniup seruling yang baik, walaupun beliau mengatakan kurang pandai. Minatnya terhadap permainan muzik itu timbul ketika belajar di SMK Arshad dalam tahun 1979-1980 dulu.

Selepas waktu mengulangkaji pelajaran, biasanya selepasnya jam 10.00 malam, duduklah Rushkan di gelanggang bola keranjang bersama serulingnya.
Saudara Musalim ingin benar belajar permainan suling itu. Tetapi mungkin pelajaran meniup seruling itu merupakan bakat alam. Katanya, seorang lagi, peniup seruling yang baik ialah Saudara Awang Rablah Salil (kini Haji Awang Rablah) , ketika musim sekolah dulu.

Sebenarnya, antara peniup seruling yang pandai ialah Arwah dabpag atau nama sebenarnya Andan Saini. Ramai juga yang pandai bermain seruling seperti Panaiaman. Juga amai Adkol (Pakcik Nusran) yang terkenal dengan tiupan serulingnya itu. Tetapi bagi saya, kata Nusran, yang terbaik di antara mereka ialah Haji Norbek Bisari. Beliau pandai meniup dan mengawal nadanya sehingga tiupan serulingnya memukau.

Seruling, siapakah kini yang boleh bermain seruling.

6 comments:

Pena Alam said...

abg. nad,

tiupan seruling antara irama halwa telinga yang paling mengusik jiwa kalau kita mendengar dengan khusyuk..sangat suka bila abg nad katakan ia 'bakat alam'..

Gaban Merah said...

Abang nad, kalau berminat dengan seruling buluh saya ada membuatnya sendiri; sila lawati http://gabanmerah.blogspot.com/2010/01/seruling-buluh-buatan-sendiri.html

Gaban Merah said...

Jika tuan berminat dengan seruling buluh buatan sendiri sila lawati http://gabanmerah.blogspot.com/2010/01/seruling-buluh-buatan-sendiri.html

ARTzahar said...

nak belajar main seruling!!!! tp xtau psl not2 seruling ni...pnah tgok vid org main seruling pas ikut je main hentam ntah betul ke x...kadang xda dpt ikut sebab susah sgt pergerakn tgn die2...pas2 kna guna nafas yg panjg plak2...

Gaban Merah said...

Belasah je bang... pokoknya tiup keluar bunyi hehehe

Gaban Merah said...

belasah je bang.. pokokny tiup keluar bunyi... nak mahir kena praktis kot...