Tuesday, May 12, 2009

Buah pedada tertinggal dalam pantun

"Di Semenanjung, buah pedada hanya tertinggal dalam pantun, jarang sekali ditemui," kata Prof.Datuk Dr.Zainal Kling, satu waktu ketika beliau berkunjung bersama keluarganya ke kampung kami untuk melihat adik Dg Noorkanah melangsungkan perkahwinan.
Ramai yang belum pernah melihat buah pedada, sejenis buah yang hanya tumbuh di paya bakau. Orang Melayu lama banyak mengungkapkannya dalam pantun tetapi mereka belum pernah melihat apa yang dikatakan buah pedada itu.

Saya teringat pokok pedada yang terdapat di Kuala Pintasan dan Suangsok dan berhasrat untuk mengajak Prof Dr.Zainal ke sana tetapi tak kesampaian kerana masa begitu suntuk kerana kebetulan ramai tamu yang hadir dalam majlis perkahwinan si dayang tahun lalu itu.
Dalam ingatan saya, hanya ada satu pokok atau dua pokok saja pokok pedada (sonneratia) yang tumbuh di kuala Pintasan Kota Belud. Di kalangan masyarakat Iranun , pedada disebut pidada , dan boleh dimakan begitu saja dengan garam dan belacan. Kalau pokok itu mati maka satu lagi kosakata bahasa Melayu akan hilang. Dan buktinya, di semenanjung, buah itu hanya tertinggal dalam pantun Melayu.

2 comments:

Oneng said...

Syukurlah...di kampung tuan ada juga buah pedada. Harap ia tak pupus ditelan zaman. Kat kampung saya belambak buah pedada ni...tumbuh sepanjang sungai.Saya suka sangat makan dan mengulam buah pedada ni. SEDAP !!!Datanglah ke kampung Spaoh di Bahagian Betong sarawak...banyak buah pedada...

abd naddin said...

Terima kasih atas respon.Saya teringin juga untuk ke kampung Spaoh di Betong. Harap dapat jumpa Oneng.
Di Indonesia, sedang ada usaha untuk mengkomersilkan minuman jus buah pedada. Saya terbaca di internet. Mungkin buah pedada tempat kita pun boleh dikomersilkan juga.