Saturday, May 30, 2009
Catatan ringkas mengenai kaum Bonggi
Suku kaum Bonggi yang menetap di pedalaman Pulau Banggi, Pulau terbesar di Sabah diklasifikasikan dalam rumpun kadazan dusun. Kebanyakan pengkaji menyebut etnik ini sebagai Dusun Banggi tetapi seorang ahli linguistik, Michael Boutin mengatakan Bonggi adalah suku tersendiri dan lebih tepat jika ia dipanggil suku kaum Bonggi. 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 comments:
jelas daripada pakaian tradisinya agak berbeza dgn kaum KDM, lebih mirip pakaian orang Filipina
Ya, saya setuju. Majoriti kaum Asli yang ada di Sabah seperti Tambanuwo, Bonggi dan beberapa kaum lain berasal dari kepulauan Filipina. Tausug (Sulug) memanggil mereka sebagai kaum Ayta atau Agta yang membawa maksud kaum Pagan (Asli).
Kebanyakan kaum Ayta di Sabah telah dibawa oleh tentera laut Sulu (Bajau Balangingi dan Iranun) setelah menangkkap mereka atau kalah perang (kerana menjadi tentera spanyol). Tentera laut Sulu menjual mereka kepada Pangeran dan Datu Tausug di Sabah ketika itu sebagai hamba abdi.
Kaum Ayta setelah itu berasimilasi dengan kaum Dayak dari Kalimantan seperti Idahan, Tidung dan Murut.
Demikian juga dengan kaum Dusun-Kadazan. Mengikut kajian mereka berasal dari suku kaum H'mong dari Vietnam, Kemboja dan Burma yang juga dibawa oleh Tentera Laut Sulu (Balangingi dan Iranun) yang rata-rata mereka berasal dari Indochina. Juga telah berasimilasi dengan kaum Dayak dari Kalimantan dan Ayta Filipina. Maka terhasillah kaum-kaum lain seperti Dusun, Lotud, dan kaum-kaum lain.
Kaum yang paling baru muncul ialah KADAZAN yang dicipta oleh Tun Fuad Donald Stephen pada tahun 50-an. Kadazan terhasil dari satu nama persatuan kaum Dusun Bandar. Kadazan suku asalnya ialah Dusun jua.
Baca hasil kajian kami di http://tausug-global.blogspot.com
Kami telah mendapati tentera laut Sulu telah menjadikan Pantai Barat Sabah sebagai pangkalan mereka sehingga ke Pulau Palawan.
Didapati kepulaun Spratley sehingga ke Pulau Taiwan dijaga oleh Bajau Balangingi dan Iranun. Mereka adalah tentera laut Sulu yang ditugaskan oleh Sultan Sulu menjaga pedagang Mutiara Sulu ke China (Tidak hairan Sulu punya simpanan emas yang banyak disebabkan perdagangan mutiara dengan China).
Bajau Balangingi dan Iranun kerap kali menyusur pantai Burma, Kemboja, Vietnam sehingga ke Taiwan. mereka kerap masuk ke sungai-sungai menangkap kaum asli H'mong lalu dijual ke Sabah sebagai penanam beras.
Kedahsyatan tentera laut Sulu terkenal sehingga ke Kelantan dan Terengganu hinggakan Tentera Laut Sulu dipanggil LANUN sempena nama Iranun. Ini di akui sendiri oleh Francis James Warren dalam buku kajiannya Sulu Zone: 1700-1800 dan Iranun and Balangingi.
Hari ini Bajau balangingi masih menetap di Kota Belud bersama kaum Iranun di sepanjang Pantai Barat Sabah.
Banyak fakta yang perlu disemak dan diteliti ulang. Buku James Warren juga boleh dijadikan rujukan walaupun ia belum muktamad. Tetapi terima kasih atas komen.
Betul kata saudara Naddin, kandungan buku james warren banyak yang saya tidak setuju. terutama apabila menyentuh tentang pelanunan.
Walaubagaimana pun banyak faktanya yang sama dengan tradisi lisan Sulu berkaitan Balangingi dan Iranun sama seperti catatan Adib Mahul.
Balangingi dan Iranun digelar "Mangangayaw" atau mengayaw oleh kaum Sulu bermaksud "Penjaga Laut Sulu".
Kajian perlu dilakukan secara berterusan. Dalam blog kita hanya mampu melemparkan pelbagai bahan kajian agar faktanya boleh ditambah atau dikurangi sekiranya silap oleh pengunjung.
Post a Comment